Vellfire Publish time 21-4-2024 05:19 PM

Bilangan pesakit buah pinggang jalani rawatan di Pusat Jantung Sarawak meningkat

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240420/kch-ub200424-mm-kespinggang-p1.jpg

Dr Mohd Asri ketika ditemui media selepas menghadiri Hari Terbuka dan Karnival Kesihatan Kolej Cyberjaya Kuching hari ini.
KUCHING: Bilangan kes pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan, menunjukkan peningkatan.
Pengarah Pusat Jantung Sarawak Dr Mohd Asri Riffin berkata, ini dapat dilihat apabila 20 mesin yang ada di pusat itu digunakan sebanyak tiga kali mengikut syif dalam tempoh satu hari.
"Kebiasaannya, setiap pesakit perlu menjalani dialisis tiga kali satu minggu. Dalam satu syif, mungkin ada dua atau tiga pesakit menggunakan 20 mesin.
"Melihat kepada corak tersebut menjadikan bilangan kes agak tinggi terutama melibatkan pesakit berumur 30 tahun ke bawah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Hari Terbuka dan Karnival Kesihatan Kolej Cyberjaya Kuching di sini, hari ini.
Karnival itu disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Kho Teck Wan mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Dr Mohd Asri berkata, Pusat Jantung Sarawak hanya menerima pesakit yang memerlukan rawatan harian untuk dialisis.
"Setiap seorang pesakit memerlukan masa empat jam bagi satu sesi, selain perlu hadir tiga kali seminggu.
"Selain rawatan tersebut, Pusat Jantung Sarawak juga ada menyediakan Dialisis Peritoneal (PD) di mana pesakit boleh membuat dialisis di rumah.
"Bagaimanapun, keadaan rumah perlu dijaga dari segi kebersihan dan sebagainya. Jadi sekarang, kita ada pilihan untuk mencuci darah," katanya.
Ditanya faktor yang menyumbang kepada penyakit itu katanya, ia disebabkan pelbagai faktor terutama dari segi pemakanan dan sebagainya, selain faktor genetik.
"Atau mungkin penyakit buah pinggang sudah dihidap dari kecil. Jika masalah ini bermula dari kecil, risiko kegagalan buah pinggang agak tinggi," ujarnya.
Untuk rekod, kerajaan Sarawak telah meluluskan RM6.9 juta bagi 399 permohonan di bawah Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) sejak 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2023.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/20/bilangan-pesakit-buah-pinggang-jalani-rawatan-di-pusat-jantung-sarawak-meningkat
Pages: [1]
View full version: Bilangan pesakit buah pinggang jalani rawatan di Pusat Jantung Sarawak meningkat


ADVERTISEMENT