Vellfire Publish time 21-4-2024 05:12 PM

Pertimbang dana sedia TV pintar di setiap sekolah

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240420/sbw-ub20042024-fn-tvpintar-p3.jpg

Dr Annuar meluangkan masa umtuk beramah mesra bersama murid-murid SK Abang Ali.
SIBU: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat mencadangkan kepada kerajaan Sarawak untuk mempertimbangkan pemberian dana bagi menyediakan televisyen pintar di setiap sekolah di negeri ini.
Timbalan Menteri Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa'ee berkata, ini bagi memudahkan pengajaran para guru, terutama pada zaman berasaskan Internet di mana televisyen pintar merupakan satu keperluan.
"Kalau boleh kita mencadangkan kepada kerajaan negeri, kita tahu bahawa sekolah-sekolah jenis kebangsaan sudah banyak mempunyai televisyen pintar.
"Sekolah-sekolah agama pun kita telah memulakan programnya dan seterusnya kita akan ke sekolah kebangsaan.
"Dan jika kita dapat dana daripada pihak kerajaan negeri, kita dapat memastikan bahawa setiap sekolah di Sarawak mempunyai televisyen pintar untuk guru-guru mengajar," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali di sini, malam Jumaat.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240420/sbw-ub20042024-fn-tvpintar-p5.jpg
Sekitar kemeriahan Program Berjarah Raya di Kampung Bahagia Jaya Teku.
Pada majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu menyempurnakan simbolik penyerahan televisyen pintar kepada SK Abang Ali.
Dr Annuar memberitahu, sebanyak 36 televisyen pintar telah disumbangkan kepada sembilan sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka.
"Sebanyak 18 televisyen pintar telah diserahkan pada tahun lepas dan 18 lagi akan diserahkan pada tahun ini," jelasnya.
Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah untuk mencari dana bagi merealisasikan usaha memastikan setiap kelas dilengkapi dengan televisyen pintar.
"Insya-Allah saya akan cuba cari dana untuk memastikan setiap kelas di kawasan DUN Nangka ini iaitu sembilan sekolah akan mendapat televsiyen pintar untuk mereka gunakan dalam pembelajaran murid-murid kita,"ujarnya.
Selepas majlis di SK Abang Ali, Dr Annuar bersama rombongan menghadiri Program Berjarah Raya di Kampung Bahagia Jaya Teku.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/20/pertimbang-dana-sedia-tv-pintar-di-setiap-sekolah-dr-annuar






Pages: [1]
View full version: Pertimbang dana sedia TV pintar di setiap sekolah


ADVERTISEMENT