Vellfire Publish time 21-4-2024 05:09 PM

Chery Omoda E5 kini boleh didapati di Sabah

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240420/5894e933-d443-4344-8639-29ec70fcd20b.jpeg

BAHARU: Chok dan Chan bergambar di hadapan kereta Omoda E5.

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240420/e921c54e-ac7b-4cd0-bfc8-8b0b6a18af7c.jpeg

RASMI: Chan memandu uji kenderaan Omoda E5 semasa pelancaran terbabit.
KOTA KINABALU: Universal Chery Sdn Bhd kini membawakan model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh (EV), Omoda E5 di Sabah.
Pengarah Urusan Universal Chery Sdn Bhd Datuk Chok Yun Kiong berkata, rangkaian model kenderaan EV terbabit dikuasakan dengan motor elektrik tunggal bercirikan tiga dalam satu flat wire dengan Miniature Curcuit Breaker (MCB) dan sistem kawalan elektronik untuk pengalaman pemanduan lebih baik.
“Omoda E5 dikuasakan dengan bateri blade lithium fostat 61 kWj berkemampuan tinggi yang memastikan capaian jarak lebih jauh dan pengecasan pantas sambil meningkatkan kelestarian alam sekitar.
“Ia menawarkan jarak hingga 430 kilometer dan keupayaan pengecasan pantas (DC) dari 30 peratus hingga 80 peratus dalam tempoh 28 minit.
“Kelajuan maksimum kenderaan ini sehingga 172km/j dengan kuasa 201 kuasa kuda (hp) dan tork 340Nm dan pecutan sifar ke 100km/j dalam tempoh 7.6 saat,” katanya semasa berucap dalam pelancaran model Omoda E5 di Galeri Jualan Jesselton Twin Tower di sini.
Turut hadir Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang juga Timbalan Menteri Perladangan Dan KomoditiDatuk Chan Foong Hin.
Bercakap lanjut beliau berkata, Omoda E5 juga dihadirkan dengan teknologi Vehicle-to-Load (V2L) 3.3 kW membolehkan ia mengalirkan kuasa mudah alih untuk alatan ketika aktiviti luar seperti berkhemah atau ketika kecemasan.
“Elemen keselamatan dengan 17 fungsi termasuk Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) seperti Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Brek Perlanggaran Pelbagai (MCB), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), enam beg keselamatan SRS dan banyak lagi.
“Untuk kabin tampil ciri minimalis dengan skrin 2K HD melengkung 24.6 inci serta keterhubungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
“Ia juga dengan lampu suasana menerusi pilihan 60 warna serta sistem bunyi premium Sony bagi kualiti bunyi terbaik dan dilengkapi pengecas telefon tanpa wayar 50W dan sistem penyejukan aktif yang berkesan mengurangkan suhu telefon semasa dalam proses pengecasan,” katanya.
Beliau berkata, menerusi ujian mengharungi air dan Bottom Scrapping juga membuktikan ia berjaya melepasi halangan dengan baik dan selamat.
“Chery Omoda E5 Ditawarkan menerusi warna Aqua Green, Khaki White, Phantom Grey, dan Dark Black ia dijual pada harga RM154,000.
“Ia didatangkan dengan jaminan tujuh tahun atau 150,000km serta lapan tahun untuk bateri atau 160,000km dan jaminan pemanduan lapan tahun.
“Pakej khas untuk 2,000 tempahan pertama didatangkan dengan Pengecas Wallbox, pengecas V2L dan kredit pengecasan RM1,000 untuk rangkaian pengecasan EVC,” katanya.
Tambahnya, tambah menarik dengan pengecasan EV percuma untuk semua pemilik Chery di semua cawangan 40 pengedar mereka di seluruh negara manakala dua tersedia di Sabah.
“Omoda E5 juga menjadi EV pertama dari China yang dipasang di Malaysia menerusi pemasangan tempatan (CKD) yang dijangkakan pada suku kedua tahun ini,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/20/chery-omoda-e5-kini-boleh-didapati-di-sabah
Pages: [1]
View full version: Chery Omoda E5 kini boleh didapati di Sabah


ADVERTISEMENT