Vellfire Publish time 21-4-2024 05:02 PM

Ewon, pimpinan UPKO beri penghormatan terakhir kepada Joseph Kurup

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240420/twu-ub20042024-hs-ewonp1.jpg

PENGHORMATAN: Ewon dan rombongan ketika memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup.
KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick mengetuai rombongan pimpinan tertinggi parti memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup, semalam.
Ewon berkata, dalam kepimpinan, mendiang telah memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara, pemergian ini satu kehilangan besar dalam kepimpinan masyarakat Kadazandusun.
“Saya doakan agar Datuk Arthur Joseph Kurup dan keluarga diberi kekuatan dan tabah dalam menghadapi situasi sukar ini,” katanya.
Ewon dan rombongan meluangkan masa kira-kira satu jam bersama Arthur yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.
Turut serta memberikan penghormatan terakhir, dua mantan Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; Timbalan Presiden Datuk Donald Peter Mojuntin dan rakan pimpinan parti.
Joseph Kurup yang juga bekas Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu menghembuskan nafas terakhir, kira-kira 7.30 malam pada Selasa lalu, di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/20/ewon-pimpinan-upko-beri-penghormatan-terakhir-kepada-joseph-kurup
Pages: [1]
View full version: Ewon, pimpinan UPKO beri penghormatan terakhir kepada Joseph Kurup


ADVERTISEMENT