sfhzuraz Publish time 21-4-2024 05:01 PM

Kesuma sedia beri khidmat rundingan laksana jadual anjal

Kesuma sedia beri khidmat rundingan laksana jadual anjal

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

21 April 2024 04:22pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/21/2622108.jpg
Steven Sim (lima dari kiri) bergambar bersama anggota bomba sukarela yang menerima tajaan SKSPS di Pejabat PERKESO Pulau Pinang pada Ahad.



SEBERANG JAYA - Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) sentiasa memberi galakan dan khidmat rundingan kepada mana-mana syarikat yang ingin melaksanakan aturan kerja anjal.
Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, aturan kerja anjal yang telah dikuatkuasakan pada Januari tahun lalu dan termaktub di dalam Akta Kerja 1955.


Menurutnya, aturan kerja anjal bukan perkara baharu dan rata-rata majikan sudah tahu tentang kewujudan peruntukan ini dalam akta tersebut.
"Apa yang saya nak tegaskan di sini, Kesuma sentiasa memberi galakan dan khidmat rundingan contohnya kepada syarikat yang berhasrat laksanakan aturan kerja anjal," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Ahad.


Steven Sim ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Tajaan Caruman Skin Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di Pejabat PERKESO Pulau Pinang.
Dalam majlis itu, seramai 218 anggota bomba sukarela di kawasan Bukit Mertajam menerima tajaan caruman SKSPS yang disumbangkan oleh beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam.
Mengulas lanjut mengenai aturan jadual anjal, Steven Sim berkata, ada syarikat yang telah melaksanakan dan ada juga yang sedang melaksanakan.
"Ada juga yang berminat nak buat dan berhasrat nak buat tetapi tidak tahu nak buat, tetapi kita sedia memberi bantuan melalui khidmat rundingan kepada yang berhasrat bagaimana untuk melaksanakan.

"Jika ada seberang kemusykilan saya cadang kepada pihak pekerja mahupun majikan rujuk kepada pejabat tenaga kerja di tempat berhampiran masing-masing," katanya
Kesuma sedia beri khidmat rundingan laksana jadual anjal - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Kesuma sedia beri khidmat rundingan laksana jadual anjal


ADVERTISEMENT