Vellfire Publish time 21-4-2024 04:59 PM

Kenyataan fitnah terhadap Premier di FB, laporan polis turut dibuat di Sibu

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240419/sbw-ub190424-mu-fitnahpremier-p1.jpg

Sayed Azmee (dua dari kanan) dan Joshua (kanan) menunjukkan laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu pada Khamis.
SIBU: Dua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak membuat laporan polis susulan tindakan pemilik akaun Facebook bernama Charles Roger Francis yang membuat hantaran berbaur fitnah terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan dua pemimpin kanan Sarawak di sini, petang Khamis.
Menurut Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Sayed Azmee Wan Junaidi, beliau membuat laporan polis bersama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Joshua Ting Fu Ying di Balai Polis Sentral Sibu pada jam 2 petang Khamis.
Katanya, beliau kesal dengan tindakan pemilik akaun tersebut yang memaparkan kata-kata kesat dan biadap terhadap Premier Sarawak dan dua pemimpin kanannya melalui media sosial.
"Kita kesal dengan kenyataan yang dilemparkan pemilik akaun berkenaan yang berbaur fitnah terhadap pemimpin tertinggi Sarawak.
"Kenyataan Charles Roger Francis dalam hantarannya itu merupakan satu tohmahan berbentuk penghinaan dan satu cacian kesat dan biadap ke atas peribadi Premier Sarawak, Timbalan Premier Sarawak dan Menteri Kerja Raya," katanya.
Oleh yang demikian, beliau meminta pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Charles Roger Francis agar dibawa ke muka pengadilan.
Pada Khamis lalu, satu laporan polis juga dibuat di Kuching oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abdul Samat Gany serta yang lain.
Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan danSeksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/19/kenyataan-fitnah-terhadap-premier-di-fb-laporan-polis-turut-dibuat-di-sibu
Pages: [1]
View full version: Kenyataan fitnah terhadap Premier di FB, laporan polis turut dibuat di Sibu


ADVERTISEMENT