Vellfire Publish time 21-4-2024 04:57 PM

Sidang Kemuncak Keharmonian Keluarga 2024 di Sibu pada 25 dan 26 Mei

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240419/sbw-ub19042024-fn-keluarga-p1.jpg

(Dari tiga kiri) Ngieng, Hii, Kim Siong, Ho, Kong serta yang lain merakamkan kenangan selepas sidang media di Sibu, hari ini.
SIBU: Kelab Sumber Keluarga Morphos Sibu akan menganjurkan Sidang Kemuncak Keharmonian Keluarga 2024 pada 25 dan 26 Mei di RH Hotel dengan penceramah dari Singapura, Taiwan dan Kuala Lumpur.
Pengerusi Sidang Kemuncak Keharmonian Keluarga 2024 Kelvin Hii Yong Yaw berkata, pihaknya menjangkakan seramai kira-kira 500 delegasi terdiri daripada peserta tempatan dan antarabangsa bakal menyertai acara dua hari itu.
Menurutnya, matlamat sidang kemuncak itu adalah untuk memberikan nilai keluarga yang betul kerana keluarga adalah asas kepada masyarakat.
"Mendidik dan memupuk hubungan kekeluargaan yang lebih sihat akan membawa individu dan masyarakat yang lebih sihat dan bahagia.
"Tema dan topik utama yang akan dibincangkan semasa sidang kemuncak itu termasuk Teknologi dan Kesihatan Mental, Dinamik Keluarga dalam Era Digital, Penemuan Diri dan Merangkul Perubahan," ujarnya pada sidang media di sini, hari ini.
Hii memberitahu, penceramah akan berkongsi pelbagai kepakaran dan pandangan praktikal pada program itu.
Oleh itu katanya, para peserta boleh mengharapkan perbincangan yang merangsang pemikiran, bengkel interaktif dan aktiviti inovatif yang direka untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh keluarga moden.
Menurutnya, salah seorang penceramah utama ialah jurulatih hayat kanan dan perunding kesihatan mental dari Singapura Sophia Tan dan beliau akan membincangkan topik 'Teknologi dan Kesihatan Mental.
Tambah Hii, Tan kini adalah pengarah dan ketua pengajar Morphos International dan berkhidmat sebagai pengarah pelbagai Pusat Khidmat Masyarakat dan Pusat Khidmat Sosial Singapura.
"Kami juga mempunyai pemegang ijazah kedoktoran Yen Ling-Jane dari Taiwan dan beliau akan menganalisis 'Cabaran Dalaman dan Luar Keluarga Moden.'
"Beliau adalah kaunselor kanan kesihatan mental, Pengarah Eksekutif Persatuan Keluarga Cinta Sejati dan presiden Institut Perunding Perkahwinan di Taiwan," katanya.Seorang lagi penceramah utama ialah ADJ TITUS yang merupakan komposer dari Kuala Lumpur yang akan menyampaikan topik 'Penemuan Diri.'
"Mereka yang berminat untuk menyertai Family Harmony Summit 2024 boleh mendaftar secara dalam talian melalui pautan pendaftaran http://borneoplux.com/family-harmony-summit-2024/.
"Yuran pendaftaran untuk pendaftaran awal ialah RM50 (individu) dan RM80 (dua orang). Pendaftaran awal adalah sehingga 10 Mei. Selepas itu, harga standard ialah RM80 (individu) dan RM150 (dua orang)," jelasnya.
Pendaftaran termasuk beg kit persidangan, lanyard, makan tengah hari dan minuman untuk acara dua hari.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Kelab Sumber Keluarga Morphos di talian 016-4025245.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Pengerusi kelab Hii Kim Siong, Naib Pengerusi Ho Ming Nga, Setiausaha Ngieng Seng Harng dan Bendahari Kong Siew Ling.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/19/sidang-kemuncak-keharmonian-keluarga-2024-di-sibu-pada-25-dan-26-mei
Pages: [1]
View full version: Sidang Kemuncak Keharmonian Keluarga 2024 di Sibu pada 25 dan 26 Mei


ADVERTISEMENT