Vellfire Publish time 21-4-2024 04:55 PM

Rumah jagaan psikiatri dicadang diwujudkan di Sibu

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240419/sbw-ub190424-ba-lau-p1.jpg

(Dari lima kiri) Dr Nanthakumar, Dr Annuar, Lau serta yang lain merakamkan kenangan.
SIBU: Pengerusi Lembaga Pelawat Wad Psikiatri Hospital Sibu Peter Lau mencadangkan penubuhan rumah jagaan psikiatri di sini.
Beliau berpendapat dengan cara itu, pesakit boleh mempelajari kemahiran untuk berdikari.
“Mungkin boleh wujudkan rumah jagaan (psikiatri) supaya pesakit kronik tidak perlu tinggal di sini (hospital) untuk jangka masa panjang.
"Dengan bimbingan yang minimum mungkin mereka boleh belajar membuat kraf tangan, menanam sayur dan sebagainya. Jururawat hanya datang untuk memantau mereka.
"Mereka boleh berdikari di situ (rumah jagaan psikiatri), daripada tinggal di hospital. Ini hanyalah idea dan ini bergantung kepada kerajaan (bantuan)," ujarnya.
Lau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri di Wad Psikiatri Hospital Sibu anjuran Lembaga Pelawat Wad Psikiatri, Hospital Sibu hari ini.
Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Datuk Dr Annuar Rapa'ee.
Beliau percaya ini akan membantu menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk pesakit.
Beliau berpendapat jika semuanya diserahkan kepada masyarakat, pesakit mungkin akan berulang.
Sementara itu, Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu berkata, acara hari ini adalah mengenai perkongsian dan kasih sayang.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pelawat Wad Psikiatri Hospital Sibu kerana menganjurkan program tersebut dengan jayanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/19/rumah-jagaan-psikiatri-dicadang-diwujudkan-di-sibu
Pages: [1]
View full version: Rumah jagaan psikiatri dicadang diwujudkan di Sibu


ADVERTISEMENT