Vellfire Publish time 21-4-2024 04:52 PM

Billy lepaskan 14,000 ekor anak ikan di Sungai Penindih

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240419/kch-ub190424-at-billy-p3.jpg

Billy turut serta melepaskan 14,000 anak ikan ke Sungai Penindih, Kampung Sebako, Lundu bagi Program Ikan Tagang.
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang melepaskan 14,000 ekor anak ikan di Sungai Penindih, Kampung Sebako di bawah Program Ikan Tagang.
Program Ikan Tagang di Kampung Sebako yang terletak di Daerah Lundu itu telah bermula pada 8 November 2018 di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Lundu.
Program itu dipantau oleh Jawatankuasa Kecil Tagang Kampung Sebako yang kini diterajui Sualim Lahong menggantikan Senghie Kutong selaku pengerusi pertama.
"Tujuan dan matlamat penubuhan tagang adalah untuk memelihara dan memulihara ekosistem di sungai dan sekitarnya yang menjadi habitat kepada akuakultur (termasuk tumbuhan akuatik) yang mempunyai nilai estetik tersendiri.
"Di samping itu, ia dapat menjaga spesies-spesies ikan yang sedia ada agar tidak pupus dan dapat dikenali oleh generasi muda masa kini.
"Ia juga merupakan satu sistem perkongsian pintar antara masyarakat setempat dan Jabatan Pertanian Sarawak serta boleh menjana pendapatan penduduk melalui ekopelancongan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa program melepaskan anak ikan di sungai kampung berkenaan pada Rabu lepas, terdiri daripada ikan tengadak, ikan lampan jawa dan ikan sultan.
Seramai 150 orang menyertai dan menyaksikan pelepasan anak ikan tersebut ke dalam sangkar untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dilepaskan ke sungai.
Bagi memastikan kejayaan program tersebut, penangkapan ikan di zon tagang adalah dilarang dan aktiviti menuba ikan juga tidak dibenarkan.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/19/billy-lepaskan-14000-ekor-anak-ikan-di-sungai-penindih
Pages: [1]
View full version: Billy lepaskan 14,000 ekor anak ikan di Sungai Penindih


ADVERTISEMENT