Vellfire Publish time 21-4-2024 04:50 PM

Peruntukan kepada pembangkang hanya tunggu mekanisme ditawarkan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240419/kch-ub190424-jw-peruntukan-p1.jpg

Nancy ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan ke kawasan SAR wanita warga emas yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Rayu, Lundu hari ini. - Gambar Mohd Faisal Ahmad
KUCHING: Peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang perkara yang telah lama dibincangkan dan kini hanya menunggu mekanisme ditawarkan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, bagaimanapun Kerajaan Perpaduan kini sedang mempertimbangkan perancangan memberi peruntukan kepada pihak pembangkang.
“Ini sebenarnya sudah lama dibincangkan bersama, cuma mekanisme sahaja sebab pembangkang telah diminta untuk berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof dan menunggu mereka memberi tawaran.
“Jadi saya rasa ia bukan masalah, cuma mereka perlu mematuhi apa dikehendaki Kerajaan Perpaduan,” katanya ditemui pemberita selepas mengadakan melawat kawasan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga emas yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Rayu, Lundu hari ini.
Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, perkara itu dibincangkan secara umum di peringkat kabinet persekutuan.
Namun ujarnya, secara terperinci hanya pihak tertentu sahaja terlibat dalam perbincangan mengetahuinya.
“Ia memerlukan proses berapa yang perlu diberikan atau bagaimana mereka menggunakannya. Jadi, ini yang melibatkan perbincangan mereka secara terperinci,” tegasnya.
Pada Khamis, dilaporkan Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, sehubungan itu satu deraf memorandum persefahaman (MoU) akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu juga berkata, persetujuan itu diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung di Sri Perdana, Putrajaya pada Rabu.
“Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/19/peruntukan-kepada-pembangkang-hanya-tunggu-mekanisme-ditawarkan-nancy
Pages: [1]
View full version: Peruntukan kepada pembangkang hanya tunggu mekanisme ditawarkan


ADVERTISEMENT