Vellfire Publish time 21-4-2024 04:49 PM

Letak papan tanda amaran jelas ketika laksana kerja-kerja pembinaan jalan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240419/myy-ub190424-sn-heekontraktor-p1.jpg

HEE
MIRI: Ketua Pemuda Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Peter Hee meminta kontraktor mematuhi peraturan keselamatan semasa menjalankan pembinaan jalan-jalan atau apa-apa kerja lain dan meletakkan papan tanda atau lampu amaran di kawasan pembinaan dengan jelas.
Menurut Hee, ini bagi memastikan pejalan kaki dan kenderaan dapat memahami situasi pembinaan dan mengambil langkah-langkah sepadan untuk mengelak kemalangan daripada berlaku.
Beliau memahami pembinaan jalan raya diperlukan untuk pembangunan dan penyelenggaraan bandar, namun pengaturan pembinaan tidak munasabah dan kekurangan langkah keselamatan boleh membawa bahaya kepada orang ramai.
"Kontraktor bertanggungjawab meletakkan papan tanda amaran yang boleh dilihat dengan jelas pada jarak selamat, sekurang-kurangnya 50 meter dari tapak pembinaan.
"Papan tanda ini mesti menyampaikan maklumat lencongan lalu lintas dengan jelas. Tanda keselamatan semasa pembinaan jalan raya salah satu kunci untuk memastikan pembinaan lancar dan mengurangkan risiko kemalangan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Bandaraya Miri (MBM) memberi peringatan atau memastikan kontraktor mempunyai kesedaran lebih tinggi terhadap keselamatan pembinaan jalan raya bagi mengelak tragedi tidak diingini.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/19/letak-papan-tanda-amaran-jelas-ketika-laksana-kerja-kerja-pembinaan-jalan-hee
Pages: [1]
View full version: Letak papan tanda amaran jelas ketika laksana kerja-kerja pembinaan jalan


ADVERTISEMENT