mattzzx Publish time 21-4-2024 04:22 PM

TFC sudah ada bayangan kesebelasan utama

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tfc21_1713680213.jpg
PEMAIN Terengganu FC meraikan jaringan gol pada aksi Empat Penjuru menentang Kedah Darul Aman FC.-FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner akui beliau sudah ada bayangan kesebelasan utama pasukannya yang bakal membawa cabaran skuad itu dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Jelas jurulatih yang lebih mesra dipanggil 'Tommy' itu, selepas lima perlawanan persahabatan termasuk dua aksi dalam saingan Empat Penjuru, beliau sudah mendapat gambaran awal pemain yang bakal menggalas tugas berkenaan.

Bagaimanapun beliau akui masih lagi memberi peluang kepada semua pemainnya untuk membuktikan kemampuan masing-masing dengan aksi Liga Super berbaki kurang tiga minggu lagi.

Lagipun jelasnya, beliau juga masih mencari kombinasi terbaik untuk membina barisan terkuat terutama dengan kehadiran tujuh pemain baharu termasuk empat tonggak import dan dua pemain Harimau Malaya.

"Secara amnya kami sudah dapat bayangan kesebelasan utama yang bakal mewarnai 11 pemain utama selepas mengharungi lima perlawanan persahabatan termasuk dua aksi berintensiti dalam saingan Empat Penjuru.

"Tapi kami masih lagi memberi peluang kepada semua pemain untuk membuktikan karakter masing-masing sebelum Liga Super bermula pada 11 Mei depan menentang Perak FC.

Pada aksi Empat Penjuru yang kini masih berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, naib juara Piala Malaysia musim lalu itu menang tipis 1-0 menumpaskan Penang FC dan terikat 1-1 dengan Kedah Darul Aman FC.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1082163/tfc-sudah-ada-bayangan-kesebelasan-utama
Pages: [1]
View full version: TFC sudah ada bayangan kesebelasan utama


ADVERTISEMENT