mattzzx Publish time 21-4-2024 04:20 PM

Guru wanita cedera dipukul rakan sekerja

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pukul_1713685038.jpg
Foto hiasan

Chukai: Guru wanita cedera selepas dipukul rakan sekerja di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 6.55 pagi di kawasan kantin di sekolah berkenaan.

Menurutnya, guru lelaki berusia 49 tahun dikatakan bertindak menumbuk mata kiri dan menyepak mangsa yang berusia 32 tahun itu.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa yang juga seorang guru bahasa Inggeris lebam di mata kiri.


"Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1082215/guru-wanita-cedera-dipukul-rakan-sekerja
Pages: [1]
View full version: Guru wanita cedera dipukul rakan sekerja


ADVERTISEMENT