mattzzx Publish time 21-4-2024 04:19 PM

Buruh dipenjara 7 bulan, bersalah cabul teman wanita

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mahkamah_court_1713683806.jpg
GAMBAR hiasan

Kuala Terengganu: Buruh dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan teman wanitanya.

Keputusan itu dibuat Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas tertuduh, Ahmad Ridhwan Abdullah Hazam, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 25 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pantai Batu Buruk di sini, jam 2 pagi pada 16 April 2022.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula daripada tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 Oktober 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Marlisa Marzuki.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1082203/buruh-dipenjara-7-bulan-bersalah-cabul-teman-wanita
Pages: [1]
View full version: Buruh dipenjara 7 bulan, bersalah cabul teman wanita


ADVERTISEMENT