mattzzx Publish time 21-4-2024 12:29 PM

Harimau Malaya B-23 'bungkus' awal, Garrido enggan salahkan pemain

https://assets.bharian.com.my/images/articles/yupo_1713673591.jpg
Pemain Harimau Malaysia B-23, Nooa Laine (kiri) diasak pemain Vietnam pada aksi Kumpulan D Piala Asia di Doha, malam tadi. - Foto FAM

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Juan Torres Garrido enggan menyalahkan pemainnya susulan kekalahan 0-2 kepada Vietnam dalam aksi kedua Piala Asia B-23 2024 di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Harimau Malaya B-23 sah tersingkir awal dari kejohanan selepas Uzbekistan membelasah Kuwait 5-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan D.

Apa yang mengecewakan, skuad negara yang dilihat beraksi lebih baik berbanding ketika tewas 0-2 kepada Uzbekistan, Rabu lalu terus melakukan kesilapan sama terutama memberikan penalti kepada lawan.

Malah, anak buah Garrido berdepan masalah ketumpulan jentera serangan dalam melakukan penyudah berkesan yang menjadi antara faktor Harimau Malaya B-23 tewas kepada Vietnam.


"Secara keseluruhan kami beraksi dengan apa yang diharapkan, tetapi malangnya kami tidak menjaringkan gol berdasarkan peluang yang ada.

"Sekali lagi kesilapan daripada pemain, kami tidak boleh jangka. Mereka masih muda, tidak memiliki banyak pengalaman dan kesilapan itu boleh terjadi.

"Saya bangga dengan persembahan yang dipamerkan pemain hari ini dan mereka memberikan segala-galanya, tetapi malangnya ia tidak cukup," kata Garrido pada sidang media selepas perlawanan.

Ia adalah penalti kelima 'dihadiahkan' pemain muda negara kepada lawan dalam empat perlawanan terakhir mereka termasuk dalam dua aksi pemanas badan berdepan China dan Qatar.

Skuad negara bolos dua gol menerusi penalti ketika tewas 1-2 kepada China sebelum tunduk 0-1 kepada Qatar juga kerana sepakan penalti.

Badi penalti terus menghantui Harimau Malaya B-23 di Piala Asia B-23 apabila mereka memberikan satu penalti kepada Uzbekistan dan kesilapan sama berulang ketika berdepan Vietnam.

Malaysia dan Kuwait yang tidak meraih sebarang mata selepas dua perlawanan berada di kedudukan ketiga dan keempat kumpulan manakala Uzbekistan dan Vietnam yang berjaya mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya berkongsi enam mata di tangga dua teratas.

Skuad Garrido seterusnya akan menentang Kuwait dalam aksi pelengkap jadual Kumpulan D di Stadium Al Janoub, Selasa ini manakala Uzbekistan dan Vietnam akan bertembung di Stadium Antarabangsa Khalifa.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/439625888_1134439554295946_3338964471788438244_n_1713673594.jpg
https://assets.bharian.com.my/images/articles/438958242_1134439780962590_4592504463780618658_n_1713673599.jpg
- Foto FAM

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1237203/harimau-malaya-b-23-bungkus-awal-garrido-enggan-salahkan-pemain
Pages: [1]
View full version: Harimau Malaya B-23 'bungkus' awal, Garrido enggan salahkan pemain


ADVERTISEMENT