mattzzx Publish time 21-4-2024 12:21 PM

Pelajar Tahfiz menyesal terbabit kes rogol

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/21424rafi1_1713670432.jpg
ALI dan Alif (depan, kiri dan dua kiri) mengecat perabut pada program keceriaan Institusi Program Khidmat Masyarakat (PKM)@rumah Kanak-kanak Sultanah Hajjah Kalsom (RKKSHK) Penor. FOTO Mohd Rafi Mamat

Kuantan: "Ujian sebagai bekas pelajar Maahad Tahfiz lebih berat... saya tidak mampu hadapinya hingga akhirnya bergelombang dengan dosa zina."

Ali, 18 (bukan nama sebenar) berkata, dia tak mampu menghadapi dugaan hati seorang remaja apabila terbabit dengan kes rogol kekasih bawah umur, Julai tahun lalu yang akhirnya dijatuhkan hukuman melakukan khidmat masyarakat selama 100 jam dalam tempoh enam bulan di bawah seliaan Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.

Katanya, selepas setahun mengenali Ani, 16 (bukan nama sebenar) dia bertekad untuk bertemu ganis berkenaan di Kuala Lumpur.

Pertemuan yang dirancang itu berakhir dengan episod hitam kami melakukan hubungan terlarang dengan rela hati.


"Saya tidak berniat untuk merogol Ani yang dianggap gadis istimewa dalam hidup saya, namun saya tidak mampu melawan hasutan syaitan yang menggoda dan memujuk kami berdua supaya mencuba kali pertama berzina.

"Dengan sedikit ilmu agama yang ada dalam diri ini, saya tidak mampu menangkis godaan syaitan dan akhirnya kami terjerumus ke lembah maksiat tanpa rasa bersalah," katanya selepas melakukan kerja khidmat masyarakat pada program keceriaan Institusi Program Khidmat Masyarakat (PKM)@Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajjah Kalsom (RKKSHK) Penor, di sini, semalam.

Sepuluh remaja yang menjalani PKM terbabit pada program berkenaan menyertai aktiviti mengecat bersama kakitangan JKM Pahang.

Turut memantau Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat JKM Pahang, Che Muhamad Fairuz Che Muhamad Adnan.

Menurutnya, dalam perjalanan meninggalkan Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan bas ekpres, mereka ditangkap pihak berkuasa selepas bapa kekasihnya itu membuat laporan polis mendakwa anaknya lari meninggalkan rumah.

"Selepas direman 10 hari saya didakwa di mahkamah atas kesalahan merogol dan dikenakan hukuman melakukan khidmat masyarakat selama 100 jam dalam tempoh enam bulan di bawah seliaan Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat JKM.

"Saya reda dengan apa yang terjadi dan berjanji tidak akan mengundangi selepas ini, saya telah bertaubat dan berharap Yang Maha Esa dapat menerimanya," katanya yang kini berkerja dalam sektor pembinaan bangunan.

Bagi Alif, 18 (bukan nama sebenar) dia dikenakan hukuman melakukan khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan selepas melakukan kesalahan memandu secara melulu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kemalangan di Temerloh November tahun lalu.

"Saya yang memandu kereta Produa Kancil tertidur ketika memandu kerana mabuk hingga terbabas dan melanggar lori yang berhenti untuk menurunkan barang kira-kira 10.30 pagi.

"Saya mengalami kecederaan serius di bahagian muka dan menerima berpuluh jahitan, rakan saya koma selama tiga bulan," katanya.

Menurutnya, dia kini menyesal dan berjanji tidak akan menghampiri lagi minuman yang memabukkan, sebelum ini dia terlalu mengikut perasaan dan pengaruh rakan hingga memusnahkan diri sendiri.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1082085/pelajar-tahfiz-menyesal-terbabit-kes-rogol
Pages: [1]
View full version: Pelajar Tahfiz menyesal terbabit kes rogol


ADVERTISEMENT