mattzzx Publish time 21-4-2024 12:15 PM

Nagelsmann enggan kembali ke Bayern

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/JULIAN-NAGELSMANN.jpg
NAGELSMANN kekal mengemudi Jerman sehingga 2026 sekali gus menutup peluang beberapa kelab termasuk Bayern yang mahukan semula khidmatnya. - AFP

MUNICH – Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) mengesahkan jurulatih skuad kebangsaan, Julian Nagelsmann bersetuju untuk kekal bersama pasukan itu sehingga ke saingan Piala Dunia 2026.

Perkembangan terbaharu itu pastinya memberi tamparan hebat kepada beberapa kelab ternama Eropah yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya, termasuk Bayern Munich, Liverpool dan Barcelona.

Nagelsmann berkata, keputusan itu dibuat bukanlah kerana dipaksa mana-mana pihak, namun ia adalah kemahuannya sendiri selain mengintai peluang menguji kemampuan diri pada saingan Piala Dunia nanti.

“Ini adalah keputusan yang dibuat oleh saya sendiri. Semua orang tahu bahawa satu penghormatan tertinggi buat mana-mana jurulatih untuk membimbing pasukan kebangsaan dan bekerjasama dengan pemain-pemain terbaik dalam negara.

“Kejayaan yang kami capai sebelum ini menerusi aksi ditampilkan semua pemain, diharapkan dapat memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Jerman. Saya tidak sabar untuk menghadapi Euro dan menguji kemampuan di Piala Dunia,” katanya.

Sementara itu, Presiden DFB, Bernd Neuendorf menjelaskan, pihaknya mengambil keputusan menawarkan kontrak baharu kepada Nagelsmann selepas mengambil kira minat yang ditunjukkan beberapa kelab terhadap bekas jurulatih RB Leipzig itu.

“Beliau berada dalam radar banyak pasukan besar di Eropah, jadi ia menjadi isyarat kepada DFB untuk melanjutkan khidmat Nagelsmann. Membimbing pasukan kebangsaan bukan sekadar pekerjaan, tetapi ia sangat dekat di hatinya,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04/21/nagelsmann-enggan-kembali-ke-bayern/
Pages: [1]
View full version: Nagelsmann enggan kembali ke Bayern


ADVERTISEMENT