mattzzx Publish time 21-4-2024 10:18 AM

Madueke diselar kerana ketawa selepas kekalahan Chelsea

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/noni_1713664689.jpg
GAMBAR yang berjaya dirakam menilik Madueka ketawa bersama Grealish. -FOTO BBC

London: Noni Madueke diselar selepas dia dilihat ketawa bersama Jack Grealish manakala Thiago Silva menangis selepas kekalahan Chelsea kepada Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala FA awal pagi tadi.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino terpaksa membayar kekalahan itu selepas kehilangan beberapa peluang baik di Wembley ketika jaringan Bernardo Silva pada minit ke-84 mengesahkan kemenangan 1-0 untuk City.

City akan berdepan sama ada Manchester United atau Coventry City pada perlawanan akhir Piala FA bulan depan.

Kekalahan di Wembley bermakna Thiago Silva kini tidak mempunyai peluang untuk menamatkan apa yang dikatakan sebagai musim musim terakhirnya di Chelsea dengan trofi.


Thiago Silva beremosi, menangis selepas wisel penamat mengesat air mata dengan bajunya dan cuba ditenangkan Conor Gallagher.

Tetapi detik itu menimbulkan kemarahan penyokong Chelsea yang melihat Madueke kelihatan ketawa bersama Grealish di belakang pertahanan Brazil itu.

Madueke telah pun berdepan kritikan hebat daripada penyokong Chelsea musim ini kerana percubaannya untuk menewaskan Cole Palmer.

Madueke menerima kritikan dari penyokong Chelsea musim ini kerana cubaannya untuk mengambil penalti dari Cole Palmer.

Penyokong Chelsea marah dengan reaksi pemain sayap itu selepas kekalahan mereka dalam separuh akhir Piala FA.

Salah seorang penyokong Chelsea menulis di X: "Lihatlah Madueke. Silva hampir menangis kerana dia terluka dan kamu duduk di sana ketawa.

"Penyokong datang untuk menonton anda bermain, anda memberikan persembahan yang sangat buruk dan anda fikir ini adalah masa yang baik untuk ketawa selepas gagal ke final Piala FA? Keluar dari kelab kami."

Seorang penyokong Chelsea lain menulis: "Saya sangat marah dengan video ini. Madueke menolak rakan sepasukannya sendiri pada perlawanan terakhir kerana 'ghairah' mahu mengambil penalti.

"Sekarang dia ketawa hanya 30 saat selepas kekalahan separuh akhir. Jenaka seorang pemain."
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1082063/madueke-diselar-kerana-ketawa-selepas-kekalahan-chelsea
Pages: [1]
View full version: Madueke diselar kerana ketawa selepas kekalahan Chelsea


ADVERTISEMENT