mattzzx Publish time 21-4-2024 10:07 AM

Penduduk bimbang kehadiran pak belang

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/BEKLAK_1713661723.jpg
Penduduk melihat bangkai lembu yang dibaham harimau. FOTO IHSAN ABD MUIEN

Kuala Berang: Seorang penternak kerugian lebih RM10,000 selepas enam lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang, semalam.

Abd Muien Shafie, 41, dari Kampung Kemat dekat sini berkata, bangkai haiwan ternakannya ditemukan pada pagi dan tengah hari.

Lembu diternaknya itu diletakkan di kebun seluas 2.2 hektar yang berpagar elektrik.

Menurutnya, dia tidak sedap hati kerana hanya melihat dua lembu saja yang ada di kebun dan haiwan itu seperti ketakutan.

Dia kemudian meronda di kawasan kebun dan terhidu bau bangkai.

"Saya pulang ke rumah dan pergi semula ke kebun pada tengah hari untuk sekali lagi memeriksa kawasan kebun dan mencari lembu yang diternak.

"Ketika rondaan kali kedua, saya menemukan satu demi satu bangkai lembunya dan kesemua enam baki lembu yang tidak kelihatan (tadi) ditemukan mati," katanya.

Katanya, selepas menemukan semua bangkai lembu itu, dia kemudian meletupkan mercun di kebunnya dan selepas itu terdengar bunyi ngauman harimau.

Menurutnya, dia yakin lembu yang diternaknya mati dibaham harimau kerana kerana menjumpai kesan tapak kaki haiwan itu, dan mendengar dengan jelas ngauman harimau.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya mendapati ada kelibat harimau di kawasan kampung terbabit dan perangkap sudah dipasang.

"Kita (Perhilitan) sudah menasihati penduduk kampung jangan membiarkan ternakan berkeliaran.

"Ia akan menjadi tarikan kepada harimau belang dan harimau kumbang, sebaiknya ternakan seperti lembu diternak di dalam kurungan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1082055/penduduk-bimbang-kehadiran-pak-belang
Pages: [1]
View full version: Penduduk bimbang kehadiran pak belang


ADVERTISEMENT