CARI-Author Publish time 21-4-2024 09:57 AM

Mengandung Anak Hasil Sumbang Mahram, Doktor Herlok Jelaskan Hukum Gugurkan Kandungan!

https://cdn.majalahpama.my/2022/01/Untitled-design-2022-01-14T104541.508.jpg
Gambar hiasan.

Sejak kebelakangan ini, memang banyak drama-drama Melayu yang menjadi perhatian ramai penonton di Malaysia, antaranya drama Wanita Syurga, Khunsa dan Lelaki Itu.

Drama Lelaki Itu yang ditayangkan di TV3 telah menjadi bahan perbincangan orang ramai apabila ada watak dalam drama tersebut yang terkahwin dengan abang sendiri.

Ini kerana watak Khai yang dilakonkan Aedy Ashraf dan watak Batrisya (Hannah Delisya) tidak mengetahui bahawa mereka berdua sebenarnya adik beradik (adik beradik sebapa tapi lain ibu) kerana bapa mereka telah berpoligami tanpa pengetahuan kedua-dua isterinya.

Apa yang lagi mengejutkan ialah, Batrisya kemudiannya disahkan hamil selepas berkahwin dengan Khai.

Kisah dalam drama itu menyebabkan ramai warganet yang nak tahu apakah hukumnya jika si ibu mahu menggurkan anak dalam kandungan akibat sumbang mahram.

Untuk pengetahuan semua, sumbang mahram ialah hubungan seks yang dilakukan sesama ahli keluarga seperti abang dengan adik perempuan atau ayah dengan anak perempuan sama ada secara zina suka sama suka, dirogol atau tak sengaja terkahwin dengan adik beradik sendiri kerana tidak mengetahui mereka adik beradik.

Dr Kamilin Jamilin menerusi TikTok ada menjelaskan tentang hukum menggugurkan kandungan hasil sumbang mahram.

Dalam video yang berdurasi selama lebih satu minit itu, Dr Kamilin menjelaskan bahawa menurut ulamak, jika kandungan itu belum mencecah usia empat bulan atau 120 hari, hukumnya harus gugur jika ada sebab yang munasabah dan tidak memudaratkan ibu.

Namun, jika kandungan telah mencecah 4 bulan atau lebih, adalah haram hukumnya kerana janin itu dikira telah bernyawa melainkan ada asbab yang betul-betul mendesak seperti boleh membahayakan nyawa si ibu.

Untuk pengetahuan anda juga, anak hasil daripada sumbang mahram juga tidak boleh dinasabkan iaitu dibinkan atau dibintikan kepada si ayah yang telah menyebabkan kelahirannya.

Namun, untuk kes watak Khai dan Batrisya dalam drama Lelaki Itu pula di mana mereka telah terkahwin kerana tidak mengetahui mereka berdua adalah adik beradik dek kerana kesilapan ayah mereka yang berpoligami tanpa memberitahu kepada kedua-dua isterinya pula, anak Khai dan Batrisya itu tidaklah dianggap tidak sah taraf sebaliknya bayi itu dianggap sebagai anak yang terhasil daripada persetubuhan yang diragui atau persetubuhan syubhah.

Jadi, untuk kes seperti dalam drama itu, anak itu boleh dibin atau dibintikan dengan ayahnya namun ibu dan bapa anak itu harus dipisahkan iaitu perkahwinan mereka perlu dibubarkan.

CARI-Author Publish time 21-4-2024 09:58 AM

https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2024/04/f3-drama-lelaki-itu.jpg

CARI-Author Publish time 21-4-2024 09:58 AM

7359096702994779408

CARI-Author Publish time 21-4-2024 10:03 AM

7359509882216746256

ultra78 Publish time 21-4-2024 10:04 AM

Gambar hiasan pun...:lol:

sharlenetexas Publish time 21-4-2024 10:09 AM

Kaya bilion2 takde buat wasiat ke?


CARI-Author Publish time 21-4-2024 10:54 AM

ultra78 replied at 21-4-2024 10:04 AM
Gambar hiasan pun...

boikot usap perut ;P

7112000423157910810

_blackbird Publish time 21-4-2024 11:03 AM

boikot drama melayu. tak habis2 accident, sakit, beranak, mati, mula2 benci pastu cinta nak matey pulak

slyfynx Publish time 21-4-2024 11:51 AM

Again, forum cari mmg x kisah ke nnt retis buat cease and desist sbb gambar utama mendatangkan fitnah

Tinot7 Publish time 21-4-2024 11:55 AM

Drama melayu lagu ni jahh ka?? Pastu ajar bukan2 yg bleh gugurkan kandungan kat mesia?

batmana Publish time 21-4-2024 01:56 PM

cite melayu mmg tk logik, dua2 menatang tu belajar obersea, pandai bijak, tapi tk reti nk siasat dulu wali pmpn, sapa paknya, tgk pula bapak laki tu , tkde usaha langsung nk siasat sblum kawin

drama melayu cm bygkn betapa bodohnya budak2 melayu yg belajar oversea hadap benda mcmni,tk tau nk setel, seumpama bangang sungguh tahap 7 petala bumi..

kesian2...

kakikuDibibirmu Publish time 21-4-2024 04:09 PM

Boikot lobenak

Decaffeinated Publish time 21-4-2024 04:32 PM

slyfynx replied at 21-4-2024 11:51 AM
Again, forum cari mmg x kisah ke nnt retis buat cease and desist sbb gambar utama mendatangkan fitna ...

Ethics sudah kelaut dalam. Nampak macam TT ni ada old scores pernah kena rejek dengan empunya gambar ja. Tak sabar nak baca benang wartawan cari kena gari boleh tengok muka Cari Auta sepadan ka idok dengan gambar hiasan beliau :lol:

Cyempaka Publish time 21-4-2024 09:34 PM

Aku rasa ini sangat biadap ya. Letak gambar org mengandung halal utk topik begini sangat2 biadap. Bergurau ada had nya. Semoga sampai ke pengetahuan lopa dan kena saman.

Ahriman Publish time 21-4-2024 09:36 PM

slyfynx replied at 21-4-2024 11:51 AM
Again, forum cari mmg x kisah ke nnt retis buat cease and desist sbb gambar utama mendatangkan fitna ...

Boikot Cari Auta!!:lol:

sayawifenikmie Publish time 21-4-2024 09:41 PM

kenapa guna gambar tersebut?
mana mod mod kat dalam ni?

MissYouSayang Publish time 22-4-2024 06:51 AM

Aku syak tt ni budak kelas belakang..x tau kod etika tp gigih nk buka thread gak
Pages: [1]
View full version: Mengandung Anak Hasil Sumbang Mahram, Doktor Herlok Jelaskan Hukum Gugurkan Kandungan!


ADVERTISEMENT