maklukpenggoda Publish time 20-4-2024 08:27 PM

Debu sulfur Gunung Berapi Ruang sudah sampai?

Edited by maklukpenggoda at 20-4-2024 09:11 PM

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial selepas dakwaan bahawa debu gas sulfur dioksida daripada letusan Gunung Berapi Ruang, Sulawesi Utara sudah memasuki ruang udara Malaysia sehingga menimbulkan panik kepada orang ramai.
Menerusi data daripada European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) yang boleh diakses melalui aplikasi windy.com, gas sulfur dioksida hasil dari letupan gunung tersebut telah merebak pada jarak lebih daripada 1,000 kilometer memasuki ruang udara Malaysia.
Dalam pada itu, menurut data daripada ECMWF, bacaan gas sulfur dioksida direkodkan melebihi 100 miligram (mg/mg2) yang bermaksud peratus kepekatan kandungan gas yang tinggi dikesan di ruang udara Sabah dan Semenanjung terutamanya di bahagian Pantai Timur.
Walau bagaimanapun, kesahihan dakwaan berita tersebut masih belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang amaran lanjut yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Selain itu, bacaan indeks pencemaran udara (IPU) Malaysia juga tidak menunjukkan sebarang tanda pencemaran dengan bacaan purata IPU baik diantara 35 hingga 87, seperti mana yang didakwa, namun orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dengan memakai topeng muka dan kekal terhidrat. -KOSMO! ONLINE.

maklukpenggoda Publish time 20-4-2024 09:15 PM


hHP8aUsEpbw

hyie Publish time 20-4-2024 08:36 PM

sejak semalam petang, meols dah batuk2 kahak iya, pastu selsema dan rasa nak demam. Tak pastilah musim atau debu ni

Kurex Publish time 20-4-2024 08:48 PM

Ehhh kumpul la debu tu, lepas tu buat masker. Boleh jadi cantik

noell Publish time 20-4-2024 09:00 PM

hyie replied at 20-4-2024 08:36 PM
sejak semalam petang, meols dah batuk2 kahak iya, pastu selsema dan rasa nak demam. Tak pastilah mus ...

bkn pasai over makan lemang ketupat rendang ayaq ais segala ka camna?? kesian debu indon dipersalahkan;P

vespa_oren Publish time 20-4-2024 09:22 PM

aku still sihat dan takde batuk2
cuma masa awal gunung berapi meletus
memang terasa bahang sungguh
skrg asyik hujan jer
laporan dri p.timur sabah

sharlenetexas Publish time 20-4-2024 09:34 PM

Ok je europe ri tu.


honam Publish time 20-4-2024 09:39 PM

memang la index pencemaran udara nampak normal sebab itu kandungan pm2.5

yg debu gunung berapi ni sox

syamzana Publish time 20-4-2024 09:55 PM

soklan:
kalau hujan berterusan akan berkurangan tak kepekatan gas ni? ke molekul2 gas ni tak lut dek hujan??

Suchi Publish time 20-4-2024 10:00 PM

Ada fb org duk kecoh pasal ni

Taktaula dia nih sapa tp met malaysia diam je

nusaraya Publish time 20-4-2024 11:12 PM

Edited by nusaraya at 20-4-2024 11:13 PM

Ini suasana terakhir di kota manado ... ibukota provinsi sulawesi utara tempat gunung erupsi...

Semua relax ... X ada kepanikan kerana gunung meletus adalah hal biasa bagi mereka ..... Hehehehe

SXOqL8Ufi1M

kitaserupaaa Publish time 20-4-2024 11:57 PM

nusaraya replied at 20-4-2024 11:12 PM
Ini suasana terakhir di kota manado ... ibukota provinsi sulawesi utara tempat gunung erupsi...

Sem ...

Kat indonesia banyak je gunung berapi yg aktif tapi still dibuka untuk hiking mcm gng kerinchi, bromo, semeru. Masa hiking kerinchi, tetiba asap sulfur dtg mcm gng tu batuk2 manja gitu. Kat semeru pulak, guide gunung org indonesia pernah cerita ade kes tetiba batu panas melayang kena pendaki walaupun pendaki jauh dari kawah gng.

VespaSilbe Publish time 21-4-2024 12:48 AM

Malaysia IPU Masih herlok malam ni.. belah2 telen dah tahap bahaya..

hyie Publish time 21-4-2024 01:47 AM

noell replied at 20-4-2024 09:00 PM
bkn pasai over makan lemang ketupat rendang ayaq ais segala ka camna?? kesian debu indon dipersala ...

hahaha biasalah sis time2 raya ni kan :lol:

otai_g Publish time 21-4-2024 06:55 AM

Suchi replied at 20-4-2024 10:00 PM
Ada fb org duk kecoh pasal ni

Taktaula dia nih sapa tp met malaysia diam je

Met msia bnyk keje lain nak buat selain layan post palatao. Whatever info dtg, msg2 kena pndi filter betul atau x, nak follow atau x. Kena berijtihad.

mejaputih Publish time 21-4-2024 07:08 AM

Suchi replied at 20-4-2024 10:00 PM
Ada fb org duk kecoh pasal ni

Taktaula dia nih sapa tp met malaysia diam je

Matgeo ada ckp apa2 tak?

makiting Publish time 21-4-2024 07:08 AM

https://t.me/BumKita/151234?single

ninja boy Publish time 21-4-2024 08:15 AM

Edited by ninja boy at 21-4-2024 08:24 AM

Korang pi windly situ layer so2 mmg pekat sulfur di malaysia taw, akan pekat sulfur sehingga wednesday
Jas n met ngok gek staff masih beraya sakan ofis mungkin penuh mknn dan air balang kot
Gov mmg lambat bertindak klia lari sampai sempadan sajat selamat lari

kakikuDibibirmu Publish time 21-4-2024 05:05 PM

Bestnya hujan asid sulfurik, semoga bumbung rumah bocor berlubang agayttewww;P

She-Ra Publish time 21-4-2024 05:10 PM

kitaserupaaa replied at 20-4-2024 11:57 PM
Kat indonesia banyak je gunung berapi yg aktif tapi still dibuka untuk hiking mcm gng kerinchi, br ...

semeru, kerinci, merapi, marapi antara gunung yg mmg masih mengeluarkan debu/asap
kekita panggil batuk la.. masa naik gunung semeru, kami siap kira berapa minit kawah tu akan batukkan asap debu. gegara tunggu gerabak belakang sampai utk gambar grup sampai terlena dan buat kerja mengira hehee

arjuno welerang tu, belerang lg kaw kaw bau.. org kg mmg kutip belerang utk dijual
kitorg ada la try test pegi dgn lebih dkt kt belerang2 tu, rasa nak putus napas wehhhhh
camne la mereka yg mencari rezeki dgn jualan belerang
Pages: [1] 2
View full version: Debu sulfur Gunung Berapi Ruang sudah sampai?


ADVERTISEMENT