FOTHER-MUCKER Publish time 20-4-2024 06:21 PM

Terbaring tepi jalan, polis siasat jururawat dipukul

Edited by FOTHER-MUCKER at 20-4-2024 02:26 AM

Terbaring tepi jalan, polis siasat jururawat dipukul

FMT Reporters


20 Apr 2024, 02:16 PM

Polis berkata wanita itu disyaki dipukul individu tidak dikenali dan siasatan awal mendapati tiada barangan berharga milik mangsa hilang.

https://i.ibb.co/ZVZCJXJ/IMG-1352.jpg
Tangkap layar video tular menunjukkan seorang jururawat wanita ditemui terbaring tepi jalan disyaki dipukul di Jalan Simpang Tiga Dangi, dekat Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan malam tadi. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Polis menyiasat kejadian seorang jururawat wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan dipercayai dipukul individu tidak dikenali di Jalan Simpang Tiga Dangi, dekat Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Kuala Pilah, Syahrul Anuar Abdul Wahab, berkata mangsa berusia 30-an ditemui tertiarap dan kasut tertanggal di luar keretanya dengan enjin masih hidup kira-kira 10 malam, lapor Harian Metro.
Katanya, berdasarkan laporan awal mangsa mengalami luka pada kepala akibat dipukul.
Polis menerima laporan kira-kira 11 malam yang memaklumkan orang awam menemui seorang jururawat dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai dirompak.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk diberikan rawatan lanjut,” katanya.
Syahrul berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di HTAN menuju ke arah Dangi.
Buat masa ini mangsa masih dirawat dan kami masih mendapatkan keterangan lanjut daripadanya mengenai kejadian sebenar.
Berdasarkan keterangan awal, mangsa memaklumkan tidak dirompak sebaliknya hanya dipukul di bahagian kepala. Malah siasatan di lokasi juga mendapati tiada barang peribadi mangsa yang hilang,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.





otai_g Publish time 20-4-2024 06:28 PM

Lor Kes apa plk ni? X kan kena pukul tanpa sebab? Biasa kalo driver kena pukul ni sbb drive kete mcm hanat.

dua_chzy Publish time 20-4-2024 06:57 PM

Ada kaitan dengan laki orang ke bf ke jantan?

allshares Publish time 20-4-2024 08:24 PM

dua_chzy replied at 20-4-2024 06:57 PM
Ada kaitan dengan laki orang ke bf ke jantan?

I pun baru nk speku yg sama teacher.

LoveSungmin Publish time 20-4-2024 08:26 PM

kat tiktok katanya tunang yang pukul..

misc Publish time 20-4-2024 08:29 PM

Dah kenapa tu. Umur panjang lagi, pukul sampai pengsan je. Musykil sebab takde brg hilang.

ezacbee Publish time 20-4-2024 08:32 PM

Kat tt katanya curang. Sukati je tuduh camtu.

sukacactus Publish time 20-4-2024 08:37 PM

Nasib la ada yg nampak

imanjannah Publish time 20-4-2024 08:38 PM

Dangi tu laluan aku klu nak ke rumah mak angkat di Air Kuning.. apa motif dpukul tu

belilies Publish time 20-4-2024 08:50 PM

Barang peribadi sheols takda yg hilang kan? So maybe masalah personal. Personal grudge

blue_blur Publish time 20-4-2024 09:32 PM

mesti dia gelabah ingat terpukul kuat sampai mati, tu terus lari tak buat apa2...

sambaldurian Publish time 20-4-2024 09:41 PM

Nurse ni kn keje govt, laku keras. Dpt laki x betul abis le suh bedal buat loan nnti. Tinggal nett berapa kerat je.

syamzana Publish time 20-4-2024 09:46 PM

mujur la ada yg baik hati perasan, jmp makhluk keji kene rape naya je.
kalau curang pun, tgl je la pompuan hanat camni nape dipukul anak org.

airfilterkotor Publish time 20-4-2024 09:48 PM

Baru tunang dah berani pukul anak dara orang.
Esok kalo dah menikah, taktau la.

Jitu Publish time 20-4-2024 09:51 PM

bahayanya
mujur ada org awam perasan
klu org jahat entah apa yg jd

Perils Publish time 20-4-2024 10:11 PM



Katanyelah

ninja boy Publish time 21-4-2024 12:06 AM

Lelaki melayu jahat2

gigahertz Publish time 21-4-2024 10:35 AM

misc replied at 20-4-2024 12:29 PM
Dah kenapa tu. Umur panjang lagi, pukul sampai pengsan je. Musykil sebab takde brg hilang.

Nasib baik x kena rogol

Kitty_catz Publish time 21-4-2024 10:44 AM

euwww

santau je la ex ko tu dhekkk

bior konek dia tak naik sampai bebila so tak berbini sampai mampoih

rospinki Publish time 21-4-2024 10:45 AM

Laku keras ni..hidup dok berkisar ex pas ex new ex next laki ex laki.
Pages: [1] 2 3
View full version: Terbaring tepi jalan, polis siasat jururawat dipukul


ADVERTISEMENT