mattzzx Publish time 20-4-2024 12:01 PM

Travis Barker dan Kourtney Kardashian dianggap pasangan secocok

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F19%2F2651670.jpg
Netizen anggap Tarvis dan Koutney sebagai pasangan yang secocok.

TINDAKAN pemain drum kumpulan Blink-182 Travis Barker memuat naik foto isterinya di dalam tandas mengundang rasa kurang senang ramai.

Mana tidaknya, Kourtney Kardashian sedang duduk di atas mangkuk tandas seolah-olah sedang membuang air sambil tersenyum ketika gambarnya dirakam.

Travis turut memuat naik beberapa gambar lain Kourtney bersama foto tersebut bersempena ulang tahun kelahiran bintang realiti itu yang ke-45 tahun.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/19/2651669.jpeg

Netizen anggap Tarvis sanggup memalukan isteri sendiri demi popular.

"Selamat hari lahir buat isteriku yang cantik, belah jiwa dan sahabatku selamanya.

"Saya sayang awak. Saya sayang hidup kita bersama.

"Terima kasih kerana menjadi isteri yang paling hebat dan harapnya penggembaran kita akan terus kekal selamanya," kongsi Travis.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa geli dengan perkongsian foto tersebut yang disifatkan sebagai tiada keperluan.


"Dia hilang akal, sanggup kongsi perkara menjijikkan untuk terkenal.

"Meloyakan, kenapa tak kongsi foto najis dia sekali. Tapi mereka secocok," antara komen netizen.

Untuk rekod, Travis dan Kourtney mendirikan rumah tangga pada 2022 dan memiliki seorang cahaya mata.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/04/20/kongsi-foto-isteri-buang-air-travis-barker-dan-kourtney-kardashian-dianggap-pasangan-secocok
Pages: [1]
View full version: Travis Barker dan Kourtney Kardashian dianggap pasangan secocok


ADVERTISEMENT