mattzzx Publish time 20-4-2024 11:48 AM

Maklum status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah – JPNS

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-20-at-10.57.43-AM.jpeg
AHLI keluarga berada di Unit Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah. -Foto NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memohon semua murid yang terlibat bagi aktiviti dalam dan luar bilik darjah perlu menjelaskan status kesihatan mereka kepada guru bertugas sebelum aktiviti tersebut.

Pengarah JPNS, Datuk Dr Roslan Hussin berkata, langkah berkenaan penting lebih-lebih lagi bagi aktiviti yang melibatkan fizikal.

Menurut beliau, bagi pihak sekolah dan jabatan, semua prosedur telah dilaksanakan termasuk memastikan semua peralatan dan cuaca diambil kira oleh Pengetua dan Guru Besar sekolah sebelum aktiviti dilaksanakan.

“Di samping itu, pihak ibu bapa dan penjaga murid dipohon memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai status kesihatan anak mereka bagi menggelakkan maklumat berkaitan tidak diketahui oleh pihak sekolah,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar di Gentam, di Kuala Pilah yang merupakan pesakit jantung berlubang disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa, semalam.

Dalam pada itu, Roslan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut termasuk sama ada status kesihatan murid atau pelajar yang terlibat dimaklumkan kepada guru bertugas. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/20/maklum-status-kesihatan-sebelum-sertai-aktiviti-sekolah-jpns/
Pages: [1]
View full version: Maklum status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah – JPNS


ADVERTISEMENT