Vellfire Publish time 20-4-2024 07:53 AM

Lelaki ditemukan maut dalam bilik terkunci

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240419/a96b1735-52b9-407e-85ef-770fcd4ef654.jpeg

MAUT: Pasukan bomba menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
KENINGAU: Seorang lelaki ditemukan maut di dalam bilik terkunci di sebuah bangunan di Pekan Keningau di sini jam 8.30 pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Shahrudy Delamin berkata, mangsa berumur 30 tahun itu ditemukan sebaik pasukan bomba berjaya membuka pintu bilik mangsa.
Katanya, 11 anggota BBP Keningau digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 8.31 pagi berkenaan bantuan untuk membuka pintu bilik terkunci di bangunan terbabit.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi menjalankan operasi membuka pintu bilik menggunakan peralatan khas.
“Sebaik pintu dibuka, pasukan bomba menemukan seorang mangsa lelaki tidak sedarkan diri di dalam bilik berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang disahkan meninggal dunia kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, berdasarkan kenyataan pengadu, mangsa dihubungi kali terakhir pada 13 April lalu.
“Sebaik memastikan keadaan di sekitar lokasi bebas daripada unsur bahaya, operasi keseluruhan ditamatkan jam 10.52 pagi,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/19/lelaki-ditemukan-maut-dalam-bilik-terkunci
Pages: [1]
View full version: Lelaki ditemukan maut dalam bilik terkunci


ADVERTISEMENT