Vellfire Publish time 20-4-2024 07:52 AM

Mangsa rumah roboh dapat perhatian kerajaan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240419/kks-ub190424-ysh-chew1.jpeg

TURUN PADANG: Chew sekali lagi turun ke lokasi kejadian rumah roboh untuk meninjau suasana.
SANDAKAN: Mangsa kepada kejadian rumah roboh di Jambatan Nombor 6 Kampung Air di sini mendapat perhatian sewajarnya dari Jabatan Kebajikan Sandakan.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, mangsa bersama 14 anaknya kini ditempatkan sementara di Balai Serbaguna Kampung Air.
"Selain Jabatan Kebajikan di sini, pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) turut hadir memantau keadaan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hadir sama Penyelia Unit PPM Karamunting Naz Lee dan Ketua Kampung Kg. Air Amran Apache serta pemimpin kampung yang lain.
Sementara itu katanya, pada 18 April lalu, keadaan lalu lintas di Jalan Utara menuju ke Bandar Kim Fung Batu 4 mengalami kesesakan.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240419/kks-ub190424-ysh-chew2.jpeg
MEMBERSIHKAN: Pasukan bomba sedang mengalihkan pokok yang tumbang di tepi jalan.
Katanya, kesesakan itu disebabkan kerja-kerja pembersihan terhadap beberapa batang pokok yang tumbang di tepi jalan masuk Taman Mutiara Batu 4.
"Setelah mendapati keadaan lalu lintas yang tidak dapat dikawal sehingga kesesakan, saya telah berhubung kepada pihak berwajib untuk turun membantu mengawal aliran lalu lintas.
"Terima kasih saya ucapkan kepada tindakan pantas itu," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/19/mangsa-rumah-roboh-dapat-perhatian-kerajaan
Pages: [1]
View full version: Mangsa rumah roboh dapat perhatian kerajaan


ADVERTISEMENT