YgBenar Publish time 19-4-2024 10:48 PM

Orang Melayu biasa guna bawang berbanding kaskas' - Sanusi

ALOR SETAR – Penggunaan kaskas menggantikan bawang besar dalam masakan disifatkan kurang sesuai selain tidak menepati selera masyarakat Melayu.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ramuan bawang besar juga sudah sebati kalangan masyarakat pelbagai kaum sejak dahulu dan sukar diubah kepada bahan lain sebagai gantian.

Menurutnya, cadangan menggantikan bawang besar dengan rempah kaskas disebabkan kenaikan harga bahan mentah itu juga tidak relevan.

“Sebelum ini ada pemimpin saran makan ubi kayu, sekarang kaskas pula. Benda ni (kaskas) pun tak pernah tengok,” katanya sinis.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar mencadangkan orang ramai menggunakan rempah kaskas dalam makanan sebagai alternatif kepada bawang yang mengalami kenaikan harga.

Menurutnya, bahan alternatif itu dapat menambah keenakan masakan namun penggunaan rempah kaskas menggantikan bawang hanya boleh digunakan dalam kuantiti sedikit bagi mengelakkan sebarang kemudaratan kepada kesihatan.

Sanusi sebaliknya menempelak idea berkenaan yang mungkin hanya sesuai untuk golongan tertentu.

“Rempah kaskas itu banyak digunakan oleh golongan mamak dalam masakan bukan… Saya rasa hanya mereka (mamak) yang tahu apa itu kaskas.

“Mahfuz tu (keturunan) mamak kah? Kegunaan kaskas bukan budaya orang Melayu, saya ingat Mahfuz saja boleh makan masakan ada kaskas, orang Melayu biasa guna bawang,” ujarnya lagi.
Pages: [1]
View full version: Orang Melayu biasa guna bawang berbanding kaskas' - Sanusi


ADVERTISEMENT