CARI-HBZ Publish time 19-4-2024 09:23 PM

Pelajar rebah ketika merentas desa disahkan meninggal dunia

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/19/212349g56c3cvfc6ccrfcz.png



KUALA PILAH – Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar di Gentam, di sini, disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, pelajar berkenaan, Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, berasal dari Nilai, telah menyertai acara tersebut sejauh tujuh kilometer.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab, kira-kira pukul 8 pagi, pelajar tersebut terlibat dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah dengan anggaran 700 pelajar menyertai acara tersebut.


“Setelah acara larian dimulakan, pelajar berkenaan telah memulakan larian merentas desa sepanjang tujuh kilometer dan kira-kira pukul 9.30 pagi, semasa menghampiri garis penamat sekitar 50 meter, pelajar tersebut telah rebah dan tidak sedarkan diri.


“Guru yang ada telah memberikan bantuan pernafasan tetapi pelajar tersebut tidak memberikan sebarang tindak balas. Kemudian pihak sekolah telah menghubungi talian kecemasan dan ambulans dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah tiba dan memberikan bantuan kira-kira 10 minit,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.


Ujar Syahrul Anuar lagi, pelajar berkenaan telah dibawa menaiki ambulans untuk di bawa ke Unit Kecemasan, HTAN dan kira-kira pukul 10.15 pagi, dan setelah hampir sejam memberikan bantuan, akhirnya pelajar tersebut disahkan telah meninggal dunia.




Menurutnya, berdasarkan keterangan ayah pelajar berkenaan yang berusia 43 tahun, pada tahun 2016, pelajar tersebut telah disahkan menghidap penyakit Jantung Berlubang.


“Pelajar berkenaan mempunyai Kad Rawatan bagi penyakitnya itu dari Institut Jantung Negara (IJN) dan sentiasa dibekalkan dengan ubat-ubatan daripada IJN pada setiap masa,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat sebagai mati mengejut.


Sementara itu, keluarga pelajar berkenaan yang ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik, HTAN masih terkejut dan bersedih dengan kejadian berkenaan.


Bagaimanapun menurut wakil keluarga, jenazah bakal dikebumikan di Nilai selepas urusan di HTAN selesai.


Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang hadir melawati keluarga memohon agar orang ramai tidak menularkan maklumat yang salah mengenai kejadian berkenaan.


“Dari apa yang dimaklumkan kepada saya, pelajar ini tak berlari sangat, mungkin dalam keadaan kesihatan dia. Dia dalam keadaan tak selesa lalu jatuh. Alhamdulillah saya dah berjumpa ibu pelajar berkenaan dan mereka menerima dengan baik.


“Ibunya maklum, anaknya suka nak buat perkara itu (merentas desa) dan bila bersama kawan-kawan, dia (pelajar berkenaan) terlupa dia sakit. Saya harap perkara ini tidak ditularkan dengan salah.


Sumber – KOSMO! ONLINE

otai_g Publish time 19-4-2024 09:45 PM

Over usage ker? Bab sukan2 ni jgn main sbb melibatkan jantung. Kalo jantung speed 110kmh ko lenjan sampai 180kmh mmg berasap engine

eyansss Publish time 19-4-2024 10:57 PM

Menurutnya, berdasarkan keterangan ayah pelajar berkenaan yang berusia 43 tahun, pada tahun 2016, pelajar tersebut telah disahkan menghidap penyakit Jantung Berlubang.

macamana pesakit jantung dibenarkan join merentas desa?

bintangct Publish time 20-4-2024 12:37 AM

smlm baru ternmpk bdk² sekolah agama berlari tgh hari buta dlm kul 12.. aku pelik la time mcm tu bg bdk² berlari Kesian aku tgk tgh² panas matahari atas kepala ko Geram je aku tgk cikgu² ni.. kalo kat ko pandai pulak berpayung Bdk² dia biarkan lari dlm panas.. ishh geram aku Aku tgk bdk² tu kecik lg dlm darjah satu hgga darjah 4 rasanya

Imkhai Publish time 20-4-2024 01:10 AM

Dh tahu ank ko sakit ko blh bg dia join rentas desa,sekali pon pemintaan ank ko agak2 la sampai garis penamat larinya

babynina30 Publish time 20-4-2024 01:22 AM

Makcik i ckgu kt negeri benombo itu
Katanya jbtn pndidikan negeri bg memo suruh semua sek buat rentas desa
Walaupon kpm ckp , sila buat aduan jika sek jlnkn aktiviti luar. Tp totap ikut ckp jbtn katanyabkn kpm

Tak sure negeri lain camne ? Mmg tgh giat rentas desa jgk ke minggu ni ? Or negri nombo sajo ?

SalenaGomez Publish time 20-4-2024 02:01 AM

babynina30: Makcik i ckgu kt negeri benomb ...

Areas selangor ni ada je nampak budak2 ni berlari rentas desa minggu ni. Konfius juga sebab walaupon boleh dikatakan ada hujan setiap hari, still panas terik pukul 10am tu. Suppose buat lah next 2 weeks ke berdasarkan cuaca

Tapi SG percaya je, org jab ni rush utk complete kan jadual aktiviti sepanjang tahun tu. Sekolah pon nak settle kan cepat n xnak drag ke akhir tahun. Lepas ni mesti hari sukan sekolah before Hari Raya Haji. Apa2 pon, sekolah mestilah tgk cuaca mcm mana utk seminggu dua, weather forecast kan ada. Kalau panas berdengung, delay kan lah

alieyrina Publish time 20-4-2024 02:41 AM

Buat indoor aktvt takleh ka. Bagi budak2 yg ada bakat olahraga ja lari sudah. Hujan pun sat ja panas bahang tu masih ada

Cikgu patut take note student yg ada sejarah sakit2 ni

mawarika Publish time 20-4-2024 02:52 AM

Mmg Kat n9 semua sekolah merentas Desa ek.. sekolah rendah mmg mintak kebenaran ibu bapa. Tp smk nak sürat doctor pulak kalau parents tak bg join.

zuuu Publish time 20-4-2024 05:52 AM

Cikgu x aware ke yg budak tu ada masalah jantung berlubang, rentas desa sampai 7km pulak tu...takziah pada keluarga arwah

any42 Publish time 20-4-2024 07:16 AM

kalau sek men mmg xde edar surat kbenaran ke. arwah mmg ade sejarah sakit so cmna leh lps bt xtvt berat cmni. sekolah ank sdara i ade edar surat kbenaran tp sek ren la. xde pnyakit pun ttap my sis xbg ank dia join. cuaca skrng pnas xmcm dulu :(

salam takziah utk fmly arwah. Al-Fatihah

kuzaime Publish time 20-4-2024 07:35 AM

Takziah utk keluarga:( tempat aku pun sekarang baik yg sek rendah sampai ke menengah memang settle dah merentas desa minggu ni. Yg musykil kalau ikut surat kebenaran, pelajar yg ada apa2 rekod penyakit memang x dibenarkan berlari. Last year pun kalau x silap ada jugak kes pelajar meninggal.

Piramida Publish time 20-4-2024 07:41 AM

babynina30 replied at 20-4-2024 01:22 AM
Makcik i ckgu kt negeri benombo itu
Katanya jbtn pndidikan negeri bg memo suruh semua sek buat renta ...

Bkn simply buat adunan.. Kan ada syarat2 utk aktiviti luar... Tak dibenarkan if suhu cecah sekian utk 2...or 3 hari ke tak salah. Ada dah syarat2 tertentu. Kalau semua condition OK, boleh je conduct aktiviti.

Untuk budak2 berpenyakit kritikal.. Tak sesuai pun join sukan2 ni.

MisXoXo Publish time 20-4-2024 07:56 AM

Kpm kata jangan tp jabatan nya takwim berderet2 program sukan.ni dah bagi surat pd ibubapa membenarkan atau tak membenarkan anak anak sertai .degil kan.mati ke kalau xbuat merentas desa tu.

ultra78 Publish time 20-4-2024 08:00 AM

Motif ada penyakit jantung berlubang tapi masih masuk acara ni? Pihak sekolah tak tahu?

honeybee1802 Publish time 20-4-2024 08:25 AM

babynina30 replied at 20-4-2024 01:22 AM
Makcik i ckgu kt negeri benombo itu
Katanya jbtn pndidikan negeri bg memo suruh semua sek buat renta ...

Sekolah anak iols kt selangor ni pun dpt surat ni...iols nak ltk kebenaran bersyarat la....anak iols suka je lari2 ni...but idak la tgh panas ceng....
Kadang iols geram jg dgn cikgu cikgi ni...tak fikir logik ke?kadang tgh jerebu...cuaca panas melampau nak buat latihan sukan jgk...iols bukan tak suka anak2 bersukan...tp cikgu2 harap tgk suasana cuaca tu...kan ada xikgu geog,cikgu sains kt sekolah tu...

honeybee1802 Publish time 20-4-2024 08:25 AM

MisXoXo replied at 20-4-2024 07:56 AM
Kpm kata jangan tp jabatan nya takwim berderet2 program sukan.ni dah bagi surat pd ibubapa membenark ...

Kpm kata jgn..ppd?jpn?

makita Publish time 20-4-2024 09:47 AM

mawarika replied at 20-4-2024 02:52 AM
Mmg Kat n9 semua sekolah merentas Desa ek.. sekolah rendah mmg mintak kebenaran ibu bapa. Tp smk nak ...

Ye skrg sekolah kat N9 musim rentas desa. Biasa anak dpt surat parents kene bagi kebenaran utk anak join rentas desa. Tapi tahun ni tak ada pulak. Sekolah anak meols atas bukit yg betul2 bukit bukan landai2 tu. Trek rentas desa tu mmg turun n naik bukit lah. Biasa parents pon cikgu ajak join sekali. Tahun lepas meols join 1km terakhir. Mmg rasa semput al kojol.

imransulaiman Publish time 20-4-2024 06:37 PM

Setiap aktiviti sekolah (termasuk merentas desa) perlu surat kebenaran yang ibu bapa tandatangan. Sekolah rendah & menengah sama saja. Sekolah adik aku pun merentas desa. Dan aku sign borang kebenaran bagi pihak ibu.

Mungkin ibu bapa arwah ni tak sampai hati dan tak jangka asbab yang bakal terjadi. Sebab menurut ibu arwah, anaknya seorang yang agak aktif.

Al-Fatihah untuk arwah. Salam takziah untuk keluarga.

downiey Publish time 21-4-2024 06:23 PM

innAlillahiwainnLillahirojiun
Pages: [1] 2
View full version: Pelajar rebah ketika merentas desa disahkan meninggal dunia


ADVERTISEMENT