CARI-HBZ Publish time 19-4-2024 09:22 PM

Anggota PGA bersenjata kawal keselamatan KLIA

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/19/212233ymqoi3336l6lxr63.png



KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan anggota bersenjata bagi membuat kawalan keselamatan di pintu masuk negara susulan kejadian tembakan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, bermula Selasa lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kawalan keselamatan dan pemantauan itu membabitkan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Ketenteraman Awam (JKDNKA).


“Bagi penugasan di KLIA, setiap syif menempatkan 23 keanggotaan iaitu empat orang daripada PGA dan IPD KLIA 19 orang.


“Penugasan di KLIA 2 pula membabitkan kekuatan 14 anggota setiap syif di mana 10 keanggotaan bagi IPD KLIA dan empat daripada PGA,” katanya hari ini.


Jelas Razarudin, setiap satu shif yang akan bertugas selama lapan jam dengan pengiliran sebanyak tiga syif sehari.


Menurut beliau, satu syif akan berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam menghadapi apa juga situasi dianggap mendatangkan ancaman.


“Konsep penugasan adalah bersesuaian dengan anggota beruniform lengkap bersenjata SMG HK MP5.


“Mereka ini (anggota IPD KLIA) akan berpasangan dengan anggota PGA yang memakai seragam penuh operasi lengkap berserta berret, body armor dan senjata utama serta senjata kedua,” katanya.


Katanya, penugasan secara ‘prowler’ (rondaan) akan dilaksanakan di lapan pintu masuk dan keluar di Balai Pelepasan dan Balai Ketibaan KLIA.


“Justeru ingin saya tegaskan bahawa langkah ini adalah sebagai salah satu penambahbaikan dari PDRM demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa menjadi keutamaan PDRM selain berharap supaya semua pihak memberikan kerjasama sewajarnya demi kebaikan kita bersama,” katanya.


Ahad lalu, seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi.


Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Radzor Publish time 19-4-2024 09:59 PM

Lepas money changer kne rompak tembak2 dulu pun sama juga. Askar pun ada jaga. Tapi pastu hilang la balik sampai nak nampak polis pun susah..

vespa_oren Publish time 19-4-2024 10:05 PM

Radzor replied at 19-4-2024 09:59 PM
Lepas money changer kne rompak tembak2 dulu pun sama juga. Askar pun ada jaga. Tapi pastu hilang la...

aku pun bru nk ckp benda yg sama
kes tembak tu, aku punya flight mlm tu
aku jumpa polis trafik jer masa tu

monsterwife Publish time 19-4-2024 10:55 PM

Subang Airport ada polis tak jaga?

Carcosa Publish time 19-4-2024 11:03 PM

Kerana sekor jantan musibat berciknek kendur lembikyg sangap hadap kerang busuk bini yg di agung2kan Netz sbg Ustazah, habis susah hidup semua org.
Woi, gaduh lakibini kau bertembak dlm kelambu lah, lahanat! Muka sekor2 dahla mcm lendir longkang. Nak bercerai tu hal engkau orglah. Mcm b4b1 dok main tembak2, tak hirau anak2 org kat Airport tu.
Kalau aku polis, dlm lokap tu, aku pijak2 kan kerandut dia kasi telor pecah

rikiruj Publish time 20-4-2024 01:52 AM

Carcosa replied at 19-4-2024 11:03 PM
Kerana sekor jantan musibat berciknek kendur lembikyg sangap hadap kerang busuk bini yg di agung2k ...

Tu la pasal... lakinya hafiz.. bininya berniqab.. buat bisnes umrah.. tapi gaduh sampai berpistol & berbody guard.. apa teruk beno gaduh & tak puashati sampai begitu sekali.. bukan patut ada tahap kesabaran tinggi ke depa2 ni...

AbukRokok Publish time 20-4-2024 07:36 AM

tetap berduyun duyun pendatang masuk memenuhi kuota wawasan 70 juta :lol:

batmana Publish time 20-4-2024 10:58 AM

patut tmbah anggota di pintu masuk sempadan kelantan tu, senang sgt dorg bwa msuk senjataapi smpai org israel leh tempah cm tempah grabfood aja

B40tastePosh Publish time 20-4-2024 01:49 PM

rikiruj replied at 20-4-2024 01:52 AM
Tu la pasal... lakinya hafiz.. bininya berniqab.. buat bisnes umrah.. tapi gaduh sampai berpistol...

Tahap hafal Al-Quran pun perangai cam haram kan.

B40tastePosh Publish time 20-4-2024 01:52 PM

AbukRokok replied at 20-4-2024 07:36 AM
tetap berduyun duyun pendatang masuk memenuhi kuota wawasan 70 juta

70juta campur kaum kerabat Kuttyyamak

domestobot Publish time 20-4-2024 03:27 PM

ada je polis bantuan kat KLIA tu. tapi rata2 lebih gemar main handphone drpd tinjau keadaan sekeliling

Skuau Publish time 20-4-2024 03:40 PM

B40tastePosh replied at 20-4-2024 01:49 PM
Tahap hafal Al-Quran pun perangai cam haram kan.

dia hafal jer...bkn praktikkan........pon.;P

brownstone Publish time 20-4-2024 04:24 PM

Eh haritu masa press conference kata xnak engage sbb public place, akan endanger orang ramai. Kenapa nak pakai senjata plak kali ni kalau x akan engage? Apa2pun selamat bertugas. Dah dibayar gaji khennnn?

slavehunter Publish time 20-4-2024 06:04 PM

Sebenarnye Klia ni banyak dah kes crime kes misconduct salah laku dari dulu, Ipd Sepang banyak swept under carpet sebab nak jaga image Airport.
Now no more cover dah.

FOTHER-MUCKER Publish time 20-4-2024 06:08 PM

Ingatkan ada jew nak masuk msia!

otai_g Publish time 20-4-2024 06:36 PM

Radzor replied at 19-4-2024 09:59 PM
Lepas money changer kne rompak tembak2 dulu pun sama juga. Askar pun ada jaga. Tapi pastu hilang la...

Keadaan da terkawal dia blah la. Tu keje security guard je sbnrnya. Patutnya management klia la yg hired security guard bersenjata utk buat keje2 tu. Ni guna bdn beruniform secara x langsung menggunakan taxpayer money.

B40tastePosh Publish time 21-4-2024 04:33 PM

Skuau replied at 20-4-2024 03:40 PM
dia hafal jer...bkn praktikkan........pon.

Sekadar baca hafal je...masuk ikut telinga keluar ikut mulut.

B40tastePosh Publish time 21-4-2024 04:34 PM

slavehunter replied at 20-4-2024 06:04 PM
Sebenarnye Klia ni banyak dah kes crime kes misconduct salah laku dari dulu, Ipd Sepang banyak swept ...

Takut nye...kes yang abang presiden Korea Utara tu salah satu nye kan....Malaysia memang target diorg ke?

sranua Publish time 21-4-2024 04:51 PM

Bagus PDRM, kot boleh promosi kerjaya polis pada anak2 muda sambil menjaga keselamatan KLIA.

cmf_premierleag Publish time 21-4-2024 06:31 PM

Eleh..temporary je tu
Knowing msia ni hot hot chiken shit jah
Sama mcm kt lrt stsn la...lps ada kes pompuan kene cabul dulu kt stsn maluri, depa letak la polis bantuan bagai kat stp stsn.
Skang mana ada sekor pun bertugas lagi
Pages: [1]
View full version: Anggota PGA bersenjata kawal keselamatan KLIA


ADVERTISEMENT