EJALTI Publish time 19-4-2024 11:03 AM

Kemasukan pelancong China, India naik 78.2% susulan pelan liberalisasi visa

Kemasukan pelancong China, India naik 78.2% susulan pelan liberalisasi visa

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/04/19/kemasukan-pelancong-china-india-naik-78-2-susulan-pelan-liberalisasi-visa/

Bernama
19 Apr 2024, 10:54 AM

https://media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2024/04/860e8960-klia-pelancong-cina-fmt-190424-1.webp
Mengikut rekod pelancong di luar negara Asean yang paling ramai masuk ke Malaysia adalah China dan India.

KDN memantau pelan itu sejak dilaksanakan Disember tahun lalu dan mendapati rekod tersebut amat menggalakkan dengan peningkatan 861,000 orang untuk Januari, Februari dan Mac.

BANGKOK: Pelan liberalisasi visa merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2% dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, kementeriannya memantau pelan itu sejak dilaksanakan Disember tahun lalu dan mendapati rekod ini amat menggalakkan dengan peningkatan sebanyak 861,000 orang untuk Januari, Februari dan Mac.


“Mengikut rekod pelancong di luar negara Asean yang paling ramai masuk ke Malaysia adalah China dan India. Peningkatan pelancongan dari kedua-dua negara itu dijangka akan menjana kepada unjuran nilai sebanyak RM6 bilion bagi semua rangkaian termasuk perhotelan, pengangkutan, restoran dan semua,” katanya dalam ucapan di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama menteri dalam negeri, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, pelancongan merupakan sektor yang rancak dan perlu disokong dengan kemudahan-kemudahan yang baik untuk menyambut kehadiran yang ramai.

“Disebabkan itu kita tidak boleh ada kesesakan di pintu sempadan masuk Malaysia dan kita tidak boleh lagi guna kaedah pakai ‘stamp’ pasport. Kita perlu ada kaedah yang memudahkan pelancong yang ingin memasuki negara dengan cara yang betul dan selamat,” katanya.

Beliau berkata, KDN sememangnya kini ke arah “face recognition” atau “barcode” bagi memudah dan mengelakkan kesesakan di pintu sempadan.

“Sekiranya kita boleh selesaikan keadaan di pintu sempadan masuk ke negara khususnya di Tambak Johor dengan Singapura dengan kemasukkan 350,000 “pelancong harian” maka kita boleh menjadi sempadan pintu masuk negara yang kedua paling sibuk di dunia selepas Amerika dengan Mexico,” katanya.

Saifuddin berkata, menjadi sasaran KDN untuk menyelesaikan keadaan di semua pintu masuk sempadan negara, dan sedang bergerak ke arah memudahkan – bukan lagi kekal dengan cara lama dan mengharapkan hasil lebih baik.

“Di Tambak Johor, kita ada 25 agensi untuk mengawal pintu masuk ke negara berbanding Singapura yang hanya mempunyai satu iaitu ICA (Immigrations and Checkpoints Authority). Jadi kita sedang memikirkan rang undang-undang untuk melahirkan satu agensi yang kita akan panggil sebagai “Malaysia Control Border Protection Agency” untuk menguruskan kawalan pintu masuk negara,” katanya.

Terdahulu, Saifuddin yang dalam lawatan kerja tiga hari di Bangkok, Thailand mengadakan mesyuarat dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Varawut Silpa-archa.

EJALTI Publish time 19-4-2024 11:04 AM

Keluar balik, berapa %? :$

Yoonggi Publish time 19-4-2024 01:47 PM

nk memudahkan org luar masuk tp kena la ada cara/sistem yg sesuai utk pastikan mrk yg masuk ni klr lps tu. xkn nk absorb semua yg masuk bg duduk lelama smpai dpt PR or jd warganegara?

Skuau Publish time 19-4-2024 04:20 PM

masuk 78.2%...keluar(kang)..8.2%...jer.Mmmmm.

kemaruk Publish time 19-4-2024 04:29 PM

semoga tak menjadi hantu ketika pilihanraya :$

ladybugz Publish time 19-4-2024 06:08 PM

pelan apakah ni? pelik sungguh. patutla makin ramai diorg duk kat malaysia ni. cuma takda la jd influencer macm mat saleh duk kt malaysia.

Nurdianah Publish time 20-4-2024 09:41 AM

kemaruk replied at 19-4-2024 04:29 PM
semoga tak menjadi hantu ketika pilihanraya
Kata cai umno akan menang besarpru 15..siap buet benang khas bagaiiiii :lol:

antikorok Publish time 20-4-2024 06:38 PM

1.2 jota ummah PRC hilang tanpa dikesan tersenyum siniss dari lobang persembunyian puaka :bye:

otai_g Publish time 20-4-2024 06:39 PM

Pelancong ke pekerja? Cuba cek btl2.

nusaraya Publish time 21-4-2024 11:12 AM

Edited by nusaraya at 21-4-2024 11:14 AM

Yoonggi replied at 19-4-2024 01:47 PM
nk memudahkan org luar masuk tp kena la ada cara/sistem yg sesuai utk pastikan mrk yg masuk ni klr l ...
Tampaknya itu option yang paling tepat bagi Malaysia saat ini untok memberikan insentive bagi rakyat china melancong ke malaysia .....
Free Visa + Free untuk tinggal dan bekerja di Malaysia.. kemudian free mendapat status IC rakyat malaysia tanpa perlu melepaskan statusmereka sebagai rakyat china (dua kewarganegaraan) ....

Bayangkan potensinya ... saat ini ada 1,4 billion rakyat china ... jika 5% ikut scheme itu ... berarti ada 70 juta orang china yang datang dan tinggal atau hidup di Malaysia sehingga membuat ekonomi malaysia tumbuh lebih cepat ....

Selain untok rakyat China ..... tawarkan juga dengan scheme serupa kepada rakyat negara India, Pakistan, Bangladesh, Nepal dan Myanmar serta afghanistan(seluruhnegara asia selatan)   sehinggaMalaysia akan betol-betol terkenal menjadiA Trully Asia orMiniature of Asia seperti yang dipropagandakan selama ini ....Hehehehe




Pages: [1]
View full version: Kemasukan pelancong China, India naik 78.2% susulan pelan liberalisasi visa


ADVERTISEMENT