CARI-HBZ Publish time 19-4-2024 09:31 AM

Ibu didakwa beri anak perempuan duit poket hampir RM100,000

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/19/093121mex6o9qko98v119o.png



BEIJING – Seorang bekas pengacara televisyen China, Li Xiang yang kini menjadi ahli perniagaan wanitamengundang pelbagai reaksi kerana memberikan elaun bulanan kira-kira 150,000 yuan (RM99,075) kepada anak perempuannya, Angela Wang Shiling, lapor portal berita VnExpress kelmarin.


Xiang, 48, juga membelikan pakaian jenama berprestij kepada anak perempuannya yang berusia 14 tahun itu.


Akhbar The South China Morning Post melaporkan, bekas pengacara itu berpegang kepada pepatah Cina dahulu kala tentang cara untuk membesarkan anak.


Pepatah itu menyatakan bahawa walaupun anak lelaki harus dibesarkan dalam situasi jimat cermat, namun anak perempuan harus menikmati kekayaan harta benda.


Selepas menyiarkan gambar anak perempuannya sedang bercuti pada akhir Mac lalu di media sosial, netizen mendedahkan kos pakaian Wang.


Mereka menyatakan bahawa pakaian bercorak kotak ungu anak perempuannya itu berharga25,337 yuan (RM16,735), blaus putih berharga 13,754 yuan (RM9,084),manakala harga skirt yang dipakai pula ialah 14,478 yuan (RM9,564).


Selain itu, harga aksesori Wang pula sekitar39,815 yuan (RM26,303).


Beberapa netizen mengkritik tentang pakaian mahal anak perempuannya, manakala sebilangan lagimengidamkan gaya hidupnya yang mewah. – AGENSI

venom1 Publish time 19-4-2024 09:34 AM

Biarlah duit dia. kita ikut kemampuan kita. pokcik pakai t shirt dengan tracksuit je pi jalan2.

vanillaninja Publish time 19-4-2024 09:43 AM

Untung la umur 14 dah merasa allowance level2 gaji CEO.

green~tea Publish time 19-4-2024 09:46 AM

Membina spoilt brat...


Kalo ikut kan aku ok je ko nak lavishkan anak, dah duit ko kan, bukan nya ada nyusahkan sesapa... tp prepare to face the consequences lah later on...

misc Publish time 19-4-2024 09:51 AM

Tak pelik kalau dari prc.

midori888 Publish time 19-4-2024 09:51 AM

dah mak dia mampu...

shamsadis Publish time 19-4-2024 09:53 AM

mustahil nama anak dia Angela Wang Shiling :lol:

kalau dia pior tanah besar, nama dia tak boleh ada English...

kecuali anak dia ada pasport negara asing lain...

gideoncross Publish time 19-4-2024 12:18 PM

shamsadis replied at 19-4-2024 09:53 AM
mustahil nama anak dia Angela Wang Shiling

kalau dia pior tanah besar, nama dia tak boleh ada ...

Nma asli: Wang Syi Ling (duit siling 50c)

seri_mawr Publish time 19-4-2024 12:32 PM

ada gmbar tak..?

nmpk high class or nmk huduh..mcm adaanak org kaya di sini..baju puluh2 ribu/ratus2 ribu tp x nmpk high class..uhuhu..

Yoonggi Publish time 19-4-2024 01:25 PM

untung ler muda2 lg dah hidup in luxury.

dani-rox Publish time 19-4-2024 04:17 PM

kat sini lagi hebatlah, anak acik scammer mulut selipar belanja pun rm1 juta sebulan hokeh. pengajarannya marilah berniaga kulit ikan selemon :lol:

Skuau Publish time 19-4-2024 04:42 PM

shamsadis replied at 19-4-2024 09:53 AM
mustahil nama anak dia Angela Wang Shiling

kalau dia pior tanah besar, nama dia tak boleh ada ...

"nama Wang Syiling tu yg tak boleh menahan"-kakikudibibirmu:o
            :lol:

kemaruk Publish time 19-4-2024 04:50 PM

baru nama wang syling dah dapat duit saku banyak camtu

kalau nama wang kertas maybe lebih banyak dapat

salimrock Publish time 19-4-2024 04:51 PM

nama dia Wang Syi Ling..

wang syiling kt malaysia, mana pakai dah wang syiling, bayar parking pn pakai aps, masuk toilet je pakai wang syiling, antara sebab wa bawak wang syiling 50 sen...atau 30 sen..

makneng Publish time 21-4-2024 07:09 PM

Mak business kedai dobi kut. Lantak depa lah
Pages: [1]
View full version: Ibu didakwa beri anak perempuan duit poket hampir RM100,000


ADVERTISEMENT