EJALTI Publish time 19-4-2024 09:05 AM

Beras, tepung ditemui di tempat pembuangan sampah. #7, Puluhan kampit beras, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah. #43, Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau mohon maaf, mengaku buang beras

Edited by EJALTI at 19-4-2024 06:38 AM

Beras, tepung ditemui di tempat pembuangan sampah

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -pembuangan-sampah/

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
19 April 2024, 8:39 am

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-19-at-08.14.01.jpeg
ANTARA sebahagian beras yang dibuang di kawasan pembuangan sampah dekat Rumpun Makmur, Kuala Krau di Temerloh.

TEMERLOH – Penemuan beras dan tepung di tempat pembuangan sampah dekat Rumpun Makmur, Kuala Krau di sini menggemparkan penduduk setempat.

Malah kejadian yang tular dalam media sosial itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Terdapat segelintir netizen yang turut mengaitkannya dengan isu kekurangan beras tempatan selain kemungkinan beras untuk bantuan yang disimpan terlalu lama.

Setakat ini masih tiada kepastian punca beras dan barangan makanan berkenaan dibuang di tempat berkenaan.

Seorang netizen Syed Fauzi Al Idrus yang terkejut dengan kejadian itu meminta pihak berkuasa terbabit melakukan siasatan.

“Dahsyatnya, mengapa jadi begini, minta siasat,”katanya.

Seorang lagi netizen dikenali sebagai Shamsul Iskandar mendakwa, kejadian membuang barang makanan bukan kali pertama berlaku di kawasan itu.

Katanya, kejadian sebelum ini tidak ditularkan menyebabkan ia tidak menjadi isu seperti kali ini.

“Ini kali ketiga paling kurang orang kampung koi nampak, sebelum ini lagi berlambak, bukan kali pertama berlaku dah banyak kali, baru ni nak viral,”ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, apa pun alasan yang diberikan perkara itu tidak harus berlaku.

Ujarnya kenyataan rasmi akan dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamed Said dalam merungkai isu tersebut.

FOTHER-MUCKER Publish time 19-4-2024 09:05 AM

Rosak sebab banjir atau sorok sampai luput? Lambakan pek beras terbuang di Pahang bangkit persoalan

Edited by FOTHER-MUCKER at 18-4-2024 05:28 PM

Rosak sebab banjir atau sorok sampai luput? Lambakan pek beras terbuang di Pahang bangkit persoal



Oleh AMNAN HIBRAHIMKhamis, 18 Apr 2024
9:45 PM MYT




https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=404248255745115&id=100000553218818




https://i.postimg.cc/TPcgW4Fm/IMG-3101.jpg
Longgokan pek beras yang dipercayai dibuang di kawasan pembuangan sampah berdekatan Kuala Krau, Pahang.

TULAR satu video memaparkan longgokan pek beras dalam jumlah yang agak besar dipercayai dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah berdekatan Kuala Krau, Pahang.
Menerusi klip yang mula tersebar di media sosial sejak Khamis, insiden itu difahamkan berlaku di sebuah kawasan daerah berkenaan.Berdasarkan video berkenaan, sebahagian daripada longgokan buangan di kawasan terbabit juga sedang terbakar.
Orang ramai didapati turut berada di lokasi.Penularan klip tersebut menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai memandangkan negara sejak awal tahun lalu berdepan dengan masalah kekurangan bekalan beras tempatan.
Di ruangan komen, pelbagai teori wujud dalam kalangan warganet berhubung kes itu termasuk yang mendakwa pek beras berkenaan merupakan beras yang disorok sehingga rosak dan melepasi tarikh luput.
Simpan, sorok supaya dia naik harga. Akhirnya (tarikh) luput masuk tempat buang sampah. Nak buang pun kenalah buang tengah malam," ujar Yahaya Kunyit Hitam.
Amat menyedihkan. Rakyat biasa macam orang gila nak cari beras tempatan murah untuk isi perut anak-anak. Sementara itu, golongan kapitalis main sorok beras semata-mata tunggu naik harga," dakwa Kristal Assyami Shah.
Pada masa sama, terdapat warganet mendakwa beras berkenaan berkemungkinan adalah pek yang rosak selepas terjejas ekoran banjir.
Berdasarkan klip berkenaan, logo dipaparkan pada pek berkenaan adalah jenama Jering Megah.Dalam pada itu, pihak berkuasa dan wakil jenama beras terbabit masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden sedemikian. — Majoriti

cantthinkofany Publish time 19-4-2024 09:08 AM

tu diaaaaaaaaa.....kita dok pulun berjimat sbb nak beli beras yg harga melambung lambung....ni dok buang...pembaziran tahap dewata....

FOTHER-MUCKER Publish time 19-4-2024 09:09 AM

Bahaya lah sampah di buang seperti itu sahaja.

FOTHER-MUCKER Publish time 19-4-2024 09:10 AM

Edited by FOTHER-MUCKER at 18-4-2024 05:12 PM



https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=404248255745115&id=100000553218818

FOTHER-MUCKER Publish time 19-4-2024 09:21 AM

Kenapa Buang Lambakan Beras, Tepung, Sardin?

18.04.2024 - Negara pernah berhadapan isu harga beras mahal dan melihat ada lambakan makanan asasi itu dibuang sudah pasti ia ‘menyakitkan’ mata kita. Di media sosial hari ini tular ada lambakan beras, sardin, tepung dan teh dibuang begitu sahaja di satu lokasi yang belum dikenal pasti. Ada netizen mendakwa ia berlaku di Kuala Krau dekat sini namun ia belum dapat dipastikan.

Insiden tersebut tular selepas dimuatnaik dalam media sosial Facebook di mana lambakan beras tersebut telah dibakar dan lokasinya dikatakan berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum. Selain itu menurut sumber, besar kemungkinan beras tersebut disimpan terlalu lama sehingga melepasi tarikh luput. Bagaimanapun sehingga kini masih tiada sebarang pengakuan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung insiden tersebut.

https://carigold.com/forum/attachments/1713457566279-png.773502/


Berita asal https://malaysiagazette.com/2024/04/18/kenapa-buang-lambakan-beras-tepung-sardin/​

EJALTI Publish time 19-4-2024 09:25 AM

Puluhan kampit beras, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah

https://www.bharian.com.my/berit ... ak-pelupusan-sampah

Oleh RoselanAb Malek - April 19, 2024 @ 7:56am
bhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/beras_buang_1713485328.jpg
Puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur - Kampung Gunung Senyum, Temerloh. - Foto Pembaca

TEMERLOH: Sejak lewat petang semalam, tular di media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur - Kampung Gunung Senyum dekat sini.

Difahamkan, gambar itu mula menjadi tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan juga Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Suasana itu menyebabkan ramai memberi komen negatif dan membuat pelbagai andaian mengapa perkara itu terjadi termasuk antara punca kekurangan beras putih tempatan (BPT) di pasaran sekarang.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/beras_buang2_1713485330.jpg
Puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur - Kampung Gunung Senyum, Temerloh. - Foto Pembaca

Menyedari kejadian itu menjadi tular, lebih buruk lagi ada pihak mengambil tindakan membakar barangan tersebut.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/beras_buang3_1713485335.jpg

Puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur - Kampung Gunung Senyum, Temerloh. - Foto Pembaca

Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan membazir itu.

Namun, berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, beras dan berapa makanan lain itu dibuang kerana sudah luput tarikh dan rosak setelah disimpan terlalu lama.

Ahli politik didakwa buang stok makanan

Seorang pengguna media sosial mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh seorang ahli politik yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dakwanya, semua barang makanan itu sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah Temerloh dan Maran pada Januari lalu.

Namun, sehingga kini belum ada pihak tampil mengaku dan menafikan dakwaan berkenaan.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhsampah_%282%29_1713485338.jpg
Seorang pengguna media sosial mendakwa perbuatan itu dilakukan seorang ahli politik yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Foto Pembaca

mejaputih Publish time 19-4-2024 09:40 AM

peliknya buang mcm tu...bkn ke bahan makanan yg dah melepasi tarikh lupus akan diserahkan semula kepada distributor? dan distributor ada prosidur utk lupuskan...ke cara lupuskan mmg longgok mcm tu dan bakar?

shamsadis Publish time 19-4-2024 09:49 AM

beras takkan luput? permintaan tinggi, terutamanya kedai2 makan...

ini sorok beras ni

prettyuglybabe Publish time 19-4-2024 09:50 AM

rakyat malaysia dan pembaziran makanan bagai aur dengan tebing..
pastu merungut itu mahal ini mahal..

vespa_oren Publish time 19-4-2024 09:53 AM

mungkin bantuan banjir tu

kakikuDibibirmu Publish time 19-4-2024 09:58 AM

Terbuang tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa:$:rf:{:mlshy:}{:shyo

naina Publish time 19-4-2024 10:18 AM

Beras ni kalau luput pun boleh lagi makan
Beras hancur pun kalau bagi kat orang sudah atau peniaga dorang ambil je..
Teruk sgtlah macam ni
Ni bala namanya

hyie Publish time 19-4-2024 10:23 AM

beras tu boleh je bagi burung2 makan

edoraixora Publish time 19-4-2024 10:27 AM

so, memang kes sorok beras tempatan lah ni kan
katanya ada tepung gula juga
rakyat punyalah berebut nk beli beras tempatan, ini main buang2 je ye

xy_daen Publish time 19-4-2024 10:38 AM

Zaman PMX je berlaku macam ni

tripleid Publish time 19-4-2024 10:42 AM

calon Perikatan Nasional ke yg kalah tu??


kalo ye semoga dilaknat 7keturunan sbb membazir rezeki.

syamzana Publish time 19-4-2024 10:49 AM

bongoknya sampai buang camni.
segala makanan tu kalau tgl semgu je lagi tarikh luput kot bagi kat org2 susah ada gak guna wpun keji. sggup buang dari menderma.

Tinot7 Publish time 19-4-2024 10:55 AM

Sapa yg buang tu?

Tinot7 Publish time 19-4-2024 10:55 AM

Membazir mcm ni dpt apa?
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Beras, tepung ditemui di tempat pembuangan sampah. #7, Puluhan kampit beras, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah. #43, Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau mohon maaf, mengaku buang beras


ADVERTISEMENT