EJALTI Publish time 19-4-2024 09:02 AM

Pemimpin DAP pertahan dana untuk Hulu Selangor. Nafikan tuduhan bahawa DAP terlibat dalam “politik wang kotor” menjelang PRK Kuala Kubu Baharu

Pemimpin DAP pertahan dana untuk Hulu Selangor

https://www.freemalaysiatoday.co ... ntuk-hulu-selangor/

Amirul Aiman dan Ameer Fakhri
18 Apr 2024, 10:49 PM

https://media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2024/04/74c3e296-ng-suee-lim-maria-chin-abdullah-18424.webp
Naib Pengerusi DAP Ng Suee Lim dan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah berbeza pandangan berhubung pengumuman sesuatu projek sebelum pilihan raya diadakan.

Bagaimanapun, seorang bekas Ahli Parlimen PKR Maria Chin Abdullah mempersoalkan masa dana itu diumumkan kerana terlalu hampir dengan PRK.

PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP Selangor, Ng Suee Lim, menafikan tuduhan bahawa parti itu terlibat dalam “politik wang kotor” menjelang PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei.

Ng berkata sudah amalan standard bagi menteri perumahan dan kerajaan tempatan untuk melawat komuniti tempatan dan mengumumkan dana untuk menambah baik infrastruktur di pelbagai lokasi.

“Beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat,” kata exco kerajaan tempatan Selangor itu kepada FMT.

“Dan satu lagi perkara, ia bukan ketika kempen pilihan raya, hari penamaan calon pun belum lagi. Jadi, apa masalahnya? Saya tidak lihat ada masalah sama sekali.”

Terdahulu, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.21 juta untuk penduduk Hulu Selangor, yang juga akan digunakan untuk projek di Kuala Kubu Baharu.

Nga menafikan pengumuman itu semata-mata pilihan raya pada 11 Mei, katanya bahawa kementeriannya “memilih kawasan ini kerana ia tempat bertuah” dan bahawa “feng shui di sini baik”.

Pengumuman itu dikritik Ketua Perikatan Nasional Selangor Azmin Ali. Beliau yang dipetik Malaysiakini menuduh DAP mengamalkan politik wang kotor menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.

Bagaimanapun, Ng yang juga Adun Sekinchan berkata inisiatif yang diumumkan Nga memberi manfaat kepada semua penduduk Kuala Kubu Baharu dan Hulu Selangor.

“Ia (peruntukan) bukan hanya untuk penyokong DAP atau Pakatan Harapan tetapi untuk penyokong PN juga,” katanya.

Namun, bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya dari PKR, Maria Chin Abdullah mempersoalkan masa peruntukan itu yang diumumkan kementerian Nga.

“Adakah ini dirancang untuk Hulu Selangor sebelum PRK?” kata bekas pengerusi Bersih itu.

Jika begitu, katanya, PRK tidak sepatutnya menghalang fungsi kerajaan negeri atau persekutuan, termasuk pelaksanaan projek yang dirancang.

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, pula berkata pengumuman oleh Nga dengan jelas menggambarkan niat kerajaan untuk mempengaruhi pengundi melalui pengumuman projek yang menarik.

“Waktu pengumuman bantuan kewangan ini, begitu dekat dengan pilihan raya akan datang, menimbulkan tanda tanya tentang niat sebenarnya,” kata Ahli Parlimen Machang itu.

Pages: [1]
View full version: Pemimpin DAP pertahan dana untuk Hulu Selangor. Nafikan tuduhan bahawa DAP terlibat dalam “politik wang kotor” menjelang PRK Kuala Kubu Baharu


ADVERTISEMENT