YgBenar Publish time 18-4-2024 10:41 PM

TPM saran kakitangan kerajaan lakukan aktiviti senaman X-Break selepas mesyuarat.Acik forum nak ikut?

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan kepada kakitangan kerajaan supaya melakukan aktiviti ringkas selepas mengadakan mesyuarat agar kekal aktif sepanjang hari.https://fb.watch/rwWIIyafGn/?mibextid=Nif5oz



Ahmad Zahid berkata, aktiviti ringkas seperti senaman X-Break diharap dapat diterapkan oleh setiap kakitangan kerajaan terutama sewaktu mengadakan mesyuarat, perbincangan, kursus, tugasan makmal atau bengkel mahupun ketika bekerja di hadapan komputer.

“Usai Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS), kami semua telah melaksanakan aktiviti senaman ringan atau X-Break untuk memastikan semua kekal aktif bagi meneruskan rutin pekerjaan dan tugasan masing-masing.

Saya berharap aktiviti ini dapat dilakukan kerana berkesan sekiranya untuk terus kekal aktif dan segar sewaktu bekerja,” katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.

Menerusi hantaran yang sama, Ahmad Zahid turut memuat naik video melakukan X-Break selepas mesyuarat JKPS.

Video berdurasi 21 saat itu memaparkan beberapa pemimpin negara antaranya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan ramai lagi melakukan X-Break.

sharlenetexas Publish time 18-4-2024 10:46 PM

Fahmi ni menteri semua kementerian ke?


rospinki Publish time 19-4-2024 08:21 AM

kecik je fahmi tu ya besar anak aku yg ting 2:laugh3:

bulan_gerhana Publish time 19-4-2024 08:38 AM

sharlenetexas replied at 18-4-2024 10:46 PM
Fahmi ni menteri semua kementerian ke?

tak la.. dia menteri komunikasi... iols tgk.. mcm dia jadi jurucakap kerajaan le... tu yg iols nampak kat berita 2-3 ari lepas.. eh ke minggu lepas.. mcm kalau nak bagi ape2 statement on behalf kerajaan.. kan ke.. munturi kita ade 'sgt bijak' bagi statement dlm press conference.. nak nak plak yg baru bejalar jadi munturi.. atau yg xbape ceredik bercakap depan public..

iye le kott

Thunderclouds Publish time 19-4-2024 08:58 AM

Org kija kilang jepun dh lama buat.
Hari² wajib bsenam seblom keja.
Hod ka gm ka semua join hokeh.

supernaturalee Publish time 19-4-2024 10:43 AM

xbreak dulu muka tu


Yoonggi Publish time 19-4-2024 01:49 PM

seronok betul fahmi ;P

Kitty_catz Publish time 19-4-2024 01:51 PM

suruh deme IF jugakla

cepat sikit turun kan bmi memasing ;P
Pages: [1]
View full version: TPM saran kakitangan kerajaan lakukan aktiviti senaman X-Break selepas mesyuarat.Acik forum nak ikut?


ADVERTISEMENT