Vellfire Publish time 18-4-2024 09:14 PM

Lelaki maut tong minyak hidraulik meletup

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240418/whatsappimage2024-04-18at204532.jpeg

Mangsa dijumpai terbaring dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
SIBU: Seorang lelaki berusia 37 tahun maut apabila tong minyak hidraulik meletup di sebuah Pusat Kitar Semula di Jalan Tunku Abdul Rahman dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 1.30 petang.
Katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu bersama pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu telah bergegas ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi kejadian, pihak polis menjumpai seorang lelaki terbaring di atas tanah dan disahkan meninggal dunia.
"Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan putus tangan kiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, punca kejadian dipercayai mangsa telah memotong batang besi di atas sebuah tong minyak jenama 'Repsol' dengan menggunakan pemotong oksigen.
"Akibat kepanasan tong minyak hidraulik tersebut telah mengembang dan meletup sehingga mengakibatkan kecelakaan pada diri mangsa," jelasnya.
Katanya, kejadian ini tidak mengakibatkan kerosakan atau kecederaan yang lain dan tiada sebarang unsur jenayah dikaitkan dalam kes tersebut.
Ujarnya, mayat mangsa telah dibawa ke Rumah Mayat Hospital Sibu untuk tujuan bedah siasat yang akan dijalankan pada 19 April ini bagi mengetahui punca kematian.
Kes diklasifikasi sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan pihak polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/18/lelaki-maut-tong-minyak-hidraulik-meletup
Pages: [1]
View full version: Lelaki maut tong minyak hidraulik meletup


ADVERTISEMENT