Vellfire Publish time 18-4-2024 09:01 PM

Pemandu lori patah paha dalam kemalangan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240418/srk-ub180424-ks-xden-p1.jpg

Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa dari dalam lori pada Rabu.
SARIKEI: Seorang lelaki patah paha setelah lori yang dipandunya terbabas dan terlibat dalam kemalangan di Jalan Jakar-Bayong, dekat sini pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Mahmudin Narudin berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan ini pada jam 2.21 petang.
"Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kemalangan yang terletak 12 kilometer dari balai.
"Ketika sampai di lokasi kemalangan, pasukan bomba mendapati pemandu lori yang berusia 65 tahun telah dilaporkan tersepit pada tempat duduk pemandu.
"Berdasarkan situasi tersebut, pasukan bomba telah bertindak membuat kerja merenggangkan papan muka lori terbabit dengan menggunakan winc jentera bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit," kata Mahmudin pada Rabu.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240418/srk-ub180424-ks-xden-p2.jpg
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa dari dalam lori pada Rabu.
Pada masa yang sama kata Mahmudin, anggota bomba turut memotong kabel bateri lori berkenaan bagi tujuan keselamatan.
Tambahnya, pihak bomba telah mengambil masa sejam lebih untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
"Ketika kejadian pemandu lori terbabit sedang dalam perjalanan dari arah Sarikei menuju ke Spaoh.
"Sejurus berjaya dikeluarkan, mangsa yang tercedera telah diserahkan kepada pihak perubatan dari Hospital Sarikei untuk tindakan selanjutnya," jelas Mahmudin lagi.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/18/pemandu-lori-patah-paha-dalam-kemalangan
Pages: [1]
View full version: Pemandu lori patah paha dalam kemalangan


ADVERTISEMENT