Vellfire Publish time 18-4-2024 08:42 PM

Program saringan kesihatan anjuran Pusat Khidmat P.212 Sibu sasar 1,000 penyertaan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240418/sbw-ub180424-rj-saringan-p1.jpg

Orang ramai menjalani saringan kesihatan semasa program di Pusat Komersial Taman Rajang, hari ini.
SIBU: Program saringan kesihatan anjuran Pusat Khidmat P.212 Sibu bersama Persatuan Bidan Sarawak Cawangan Sibu menyasarkan seramai 800 hingga 1,000 orang menjalani saringan kesihatan secara percuma.
Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata, program dua hari yang diadakan hari ini dan esok, menyasari golongan pesara dan warga emas yang tinggal berdekatan Pusat Komersial Taman Rajang.
"Ini kerana kita juga ada mendapatkan maklum balas terutama daripada warga emas yang meminta kita menganjurkan program untuk mereka di sini.
"Ramai warga emas berkunjung ke Pusat Komersial Taman Rajang ini pada waktu pagi tetapi tidak ada apa-apa aktiviti yang boleh disertai.
"Jadi mereka meminta kita membuat satu program untuk mereka dan program hari ini merupakan salah satu program yang memberi manfaat kepada warga emas kerana kesihatan merupakan sesuatu yang amat berharga bagi mereka," ujarnya kepada pemberita, hari ini.   
Menurut Ling, saringan kesihatan itu yang bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi membabitkan pemeriksaan tekanan darah, kolesterol dan kandungan gula dalam darah.
"Kita mengadakan program saringan kesihatan ini kerana kerajaan sekarang juga amat mementingkan pencegahan penyakit kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
"Pada masa sama, program ini juga selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjalankan lebih banyak saringan kesihatan untuk lebih ramai penduduk supaya mereka tahu tahap kesihatan masing-masing," jelasnya.
Ling juga memberitahu, program dibuat khusus pada hari bekerja dan bukannya pada hujung minggu kerana sasaran mereka ialah golongan warga emas dan pesara.
Pakar psikiatri dari Hospital Sibu turut dijemput hari ini untuk memberi ceramah mengenai penyakit mental.
Sementara itu, ceramah mengenai penyakit mata akan diadakan pada program esok.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/18/program-saringan-kesihatan-anjuran-pusat-khidmat-p212-sibu-sasar-1000-penyertaan
Pages: [1]
View full version: Program saringan kesihatan anjuran Pusat Khidmat P.212 Sibu sasar 1,000 penyertaan


ADVERTISEMENT