Vellfire Publish time 18-4-2024 08:41 PM

Program jualan petrol bersubsidi di Sibu, Ahad ini

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240418/sbw-ub180424-as-petrol-p1.jpg

LING
SIBU: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling akan mengadakan satu lagi program jualan petrol bersubsidi pada Ahad ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, program tersebut dijadualkan berlangsung di stesen Shell Jalan Tun Abang Haji Openg bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi.
Tujuan utama acara ini adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat dengan membantu mengurangkan beban kewangan mereka.
Pemilik kereta dikehendaki mengisi sekurang-kurangnya RM30 petrol untuk melayakkan mereka menerima kupon rebat RM5.
Pemilik motosikal bagaimanapun tidak terikat kepada jumlah minimum bagi membolehkan mereka layak menerima rebat, tetapi tiada sesiapa dibenarkan membawa tin atau bekas untuk diisi semula.
Selain jualan petrol bersubsidi, pusat khidmat tersebut juga telah menganjurkan jualan subsidi gas memasak dan makanan.
Inisiatif ini merupakan bukti komitmen dan keazaman Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam berkhidmat kepada rakyat dan mengurangkan beban mereka.
Acara ini juga menandakan usaha berterusan pusat khidmat tersebut dalam menyokong kebajikan rakyat di kawasan Sibu.
Justeru, kepada yang berminat untuk menyertai acara ini, orang ramai dijemput hadir dan mengambil peluang untuk mendapatkan manfaat daripada jualan petrol bersubsidi serta promosi lain yang disediakan.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/18/program-jualan-petrol-bersubsidi-di-sibu-ahad-ini
Pages: [1]
View full version: Program jualan petrol bersubsidi di Sibu, Ahad ini


ADVERTISEMENT