Vellfire Publish time 18-4-2024 08:27 PM

Dasar baharu percepat baik pulih sekolah, klinik daif di Sarawak mampu kurangkan kos pelaksanaan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240418/sbw-ub18042024-fn-annuar-p1.jpg

Dr Annuar ketika Program Berjarah Raya Di Kampung-Kampung anjuran JKKK Desa Kemuyang, malam tadi.
SIBU: Dasar baharu untuk mempercepatkanbaik pulih sekolah daif dan klinik negeri ini dengan menggunakan dana kerajaan Sarawak, kemudian dibayar balik oleh kerajaan persekutuan jelas terbukti mampu mengurangkan kos pelaksanaannya.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, ini jelas terbukti dengan pembinaan tujuh sekolah oleh kerajaan Sarawak di seluruh negeri ini termasuk sekolah di Daro, Ulu Sengan dan Meludam.
Menurutnya, ini adalah disebabkan reka bentuk yang diguna pakai oleh kerajaan Sarawak adalah lebih sesuai, praktikal, berfungsi dan reka bentuk tidak berlebihan.
“Dahulu ada sesetengah sekolah memerlukan sehingga RM60 juta (sekolah rendah), tetapi kerajaan negeri yang buat tidak sampai pun RM40 juta. Jadi ini perbezaan yang nampak jelas disebabkan tidak 'over design'.
“Sebenarnya sekolah ini tidaklah perlu ada banyak fasa, ukiran, asalnya berfungsi sebagai sebuah sekolah, tahan lama dan tidak memerlukan penyelanggaran yang banyak. Jadi itu yang paling penting,” katanya.
Dr Annuar berkata demikan ketika diminta mengulas tentang polisi baru kerajaan Sarawak membaik pulih dahulu sekolah-sekolah daif dan klinik di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, kerajaan negeri meluluskan bagi mendapatkan tanah baru ataupun tapak baru dan seterusnya memberi kontrak kepada kontraktor di Sarawak dan prosesnya tidak begitu banyak birokrasi.
“Yang penting kosnya jauh lebih murah daripada apa yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Sebab itu kerajaan persekutuan bersetuju mengguna pakai kaedah ini sebab menjimatkan kos, kedua mempercepatkan proses pembinaan.
Tambahnya, dasar tersebut lebih memberi manfaat kerana kerajaan Sarawak dapat mengenal pasti sekolah yang memerlukan pembaikan dengan cepat
Terdahulu, Dr Annuar menghadiri Program Berjarah Raya di Kampung-kampung anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Kampung (JKKK) Desa Kemuyang, malam semalam.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/18/dasar-baharu-percepat-baik-pulih-sekolah-klinik-daif-di-sarawak-mampu-kurangkan-kos
Pages: [1]
View full version: Dasar baharu percepat baik pulih sekolah, klinik daif di Sarawak mampu kurangkan kos pelaksanaan


ADVERTISEMENT