EJALTI Publish time 18-4-2024 05:41 PM

Tinjauan: Makin ramai berpandangan Malaysia salah hala tuju

Tinjauan: Makin ramai berpandangan Malaysia salah hala tuju

https://www.malaysiakini.com/news/702826

Diterbitkan:Apr 18, 2024 3:35 PM
Dikemaskini: 3:36 PM

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/12/11f86506d74c2375f2e07ae5a8a7c6ab.jpg=s800=s800

Lebih ramai rakyat Malaysia semakin pesimis terhadap trajektori Malaysia, mengatakan negara sedang menuju ke arah yang salah.

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Ipsos Malaysia dari Jan hingga Mac, 47 peratus daripada responden yang ditemu bual percaya Malaysia sedang menuju ke arah yang salah.

Ini hampir dua kali ganda peratusan yang dicatatkan pada Jan tahun lalu - iaitu sebanyak 26 peratus.

Mengenai perkara yang membimbangkan mereka, pengarah urusan kumpulan Ipsos Arun Menon dan pengurus penyelidikan hal ehwal awam Atticus Poon berkata kebanyakan responden menyebut rasuah politik sebagai kebimbangan utama mereka, yang mencapai 50 peratus.

Ia merupakan peningkatan tiga peratus berbanding angka yang direkodkan sebelum ini.

“Kebimbangan lain termasuk inflasi (38 peratus), pengangguran (32 peratus), kemiskinan dan ketidakadilan sosial (31 peratus) dan cukai (23 peratus),” katanya dalam satu kenyataan.
https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/172bb51bc0481f0188e7f98c5c6a5ff7.jpg

Tinjauan itu turut mendapati rakyat Malaysia kurang mengambil berat tentang jenayah dan keganasan berbanding trend populasi global.

Tinjauan itu melibatkan 500 responden - dengan peserta berumur antara 18 dan 74 tahun.

Sementara itu, tinjauan itu turut menunjukkan bahawa keyakinan yang menurun turut menjejaskan keyakinan pengguna.

Indeks Keyakinan Pengguna, yang diperoleh daripada kajian yang sama, mencerminkan sentimen turun naik dalam kalangan pengguna.
https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/dc97612dd10ea92d9ce025cd3af7c18f.jpg

“Keyakinan pengguna suku tahunan Malaysia telah menurun daripada 54 peratus kepada 49 peratus sepanjang tahun lalu, dengan penurunan ketara pada suku terakhir 2023.

“Sebaliknya, purata global kekal malar, berlegar antara 48 peratus dan 49 peratus.

"Walaupun keyakinan pengguna stabil dalam dua bulan pertama tahun ini (Jan dan Feb), ia terus menurun sebanyak 4.2 peratus pada Mac," katanya.

Ringkasnya, kedua-dua mereka mendapati rakyat Malaysia semakin bimbang tentang kewangan mereka dan enggan berbelanja.

“Memandangkan bulan-bulan penuh harapan dalam Tahun Baru telah reda, lebih ramai rakyat Malaysia menjadi sangat bimbang tentang keadaan kewangan mereka dan sangat bimbang tentang perbelanjaan,” kata mereka.
https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/5a635c568de650edebc0b974ff100963.jpg

Kurex Publish time 18-4-2024 06:08 PM

Dulu ada kerajaan yg pk, nak jugak kerajaan yg macam palat skrg ni

kemaruk Publish time 18-4-2024 06:17 PM

Kurex replied at 18-4-2024 06:08 PM
Dulu ada kerajaan yg pk, nak jugak kerajaan yg macam palat skrg ni

kerana mengejar yang sempurna, yang elok dibuang

bila dah gapai yang "sempurna" barulah sedar betapa hauknya ia

fakta dan kebenaran ditolak, dek kerana lebih terpedaya dengan khayalan, angan-angan, fantasi dan imajinasi

Aliaskotonggo Publish time 18-4-2024 06:36 PM

harap Rafizi cepat keluarkan formula baru utk hiburkan rakyat

kemaruk Publish time 18-4-2024 06:41 PM

Aliaskotonggo replied at 18-4-2024 06:36 PM
harap Rafizi cepat keluarkan formula baru utk hiburkan rakyat

mat sabu lebih menghiburkan

Skuau Publish time 18-4-2024 07:14 PM

"kita tada pinah salah hala tuju la..misti Langkawi atau selayang la"-rohingya{:1_555:}

sharlenetexas Publish time 18-4-2024 07:48 PM

Mana formulanya?


hmmlantakko Publish time 18-4-2024 11:09 PM

ape komen pengecattaik?

FOTHER-MUCKER Publish time 18-4-2024 11:13 PM

Ke arah Taliban

ninja boy Publish time 18-4-2024 11:37 PM

Korang yg undi kena hadap lah

Solokkk Publish time 19-4-2024 05:30 PM

Mohon Rapiji kasi formula terpaling baru :lol:

malarky Publish time 19-4-2024 05:45 PM

Edited by malarky at 19-4-2024 05:48 PM

kemaruk replied at 18-4-2024 06:17 PM
kerana mengejar yang sempurna, yang elok dibuang

bila dah gapai yang "sempurna" barulah sedar bet ...
tak dapat aku untuk tidak dapat mempersetujui bahawa aku bersetuju denganmu bang kem

kemaruk Publish time 19-4-2024 06:17 PM

malarky replied at 19-4-2024 05:45 PM
tak dapat aku untuk tidak dapat mempersetujui bahawa aku bersetuju denganmu bang kem

nak kutip balik yang telah dibuang, malu

so terpaksalah cari taik lain untuk menggantikan yang hauk

gekkou Publish time 19-4-2024 06:21 PM

esok madani bagi bantuan
takbir semua!!!
sujud syukur

izwan_izi Publish time 19-4-2024 06:28 PM

Menteri Formula mana..? Takkan hanya mampu buat luahan kucing masuk umah kut..??

adiwarna Publish time 19-4-2024 09:47 PM

Mana kata2 feveret cukurlah malaysia masih aman dgn meme makcik tgh meratap tu...lama dah tak nampak...
Pages: [1]
View full version: Tinjauan: Makin ramai berpandangan Malaysia salah hala tuju


ADVERTISEMENT