FOTHER-MUCKER Publish time 18-4-2024 09:34 AM

Kecoh penumpang diminta lepaskan seat kelas pertama, remaja mahu duduk dekat dengan keluarga

Kecoh penumpang diminta lepaskan seat kelas pertama, remaja mahu duduk dekat dengan keluargaKhamis, 18 April 2024 7:00 AM



https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F18%2F2648685.jpgSeorang penumpang wanita diminta untuk berpindah ke tempat duduk lain. -Gambar hiasan
SEORANG penumpang penerbangan kelas pertama mencetuskan perdebatan hangat selepas dia enggan menyerahkan tempat duduknya untuk seorang remaja yang ingin duduk bersama keluarganya.
Membuat perkongsian dalam talian menggunakan nama @lifewithdrsabra, wanita itu memperoleh tempat duduk 1A. Ia sering dianggap sebagai tempat duduk terbaik di dalam pesawat kerana tempat duduknya di tepi tingkap dengan banyak ruang kaki..Namun, dia terkejut apabila seorang kru penerbangan mendekatinya dan bertanya sama ada dia bersedia untuk berpindah ke tempat duduk lain.
Nampaknya, terdapat seorang remaja berusia 13 tahun yang memerlukan tempat duduk berdekatan dengan keluarganya di kawasan kelas pertama.
Sabra bagaimanapun tidak mahu melepaskan tempat duduk yang dibayarnya pada harga lebih tinggi untuk mendapatkannya.Susulan itu, dia menyelar tindakan kru penerbangan kerana membuat permintaan tersebut.
Dalam video itu di media sosial, dia menjelaskan: "POV: Kru penerbangan bertanya kepada saya sama ada saya mahu melepaskan kerusi 1A saya supaya seorang remaja duduk bersama keluarga mereka.
"Adakah anda akan melepaskan tempat duduk anda? Mereka akhirnya mencari penyelesaian, jadi tidak, saya bukan manusia yang teruk. Remaja itu juga seperti 13 tahun."
Ramai pengguna TikTok menyokong tindakan wanita itu. "Sebagai ibu, saya di pihak anda. Jika mereka mahu duduk bersama, mereka sepatutnya memastikan tempat duduk bersama," kata mereka.
Seorang lagi berkata: "Saya bekerja lebih masa selama dua minggu untuk menaik taraf tempat duduk saya untuk keselesaan dan pengalaman. Tidak mungkin saya akan lepaskannya."
Walaupun ada yang menyelar keluarga berkenaan kerana mahu dia bertukar tempat duduk, pengguna TikTok itu menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai interaksi dengan keluarga itu sendiri.
"Untuk menjelaskan, kru penerbangan yang bertanya kepada saya, saya meminta untuk melihat peta tempat duduk, saya tidak suka alternatif itu. - Daily Star

venom1 Publish time 18-4-2024 09:39 AM

suka suki minta tukar seat yang dibayar dengan harga premium. No way!!

prettyuglybabe Publish time 18-4-2024 10:14 AM

kalau i, boleh tukar but pay me double.. in cash..

damsel_fiji Publish time 18-4-2024 10:15 AM

setakat bertanya tu ok lah jugak..bukan nya main duduk jah amik seat org..cakap je la x nak..tp kau tetap memilih nak buat content kan:lol:

Supersirap Publish time 18-4-2024 10:17 AM

seat bayar mahal kot, nak tukar bayar lah balik

She-Ra Publish time 18-4-2024 10:28 AM

haiyoo ada lg org mcm ni yekkk
masa beli tiket tu, beli la seat yg dkt2 atau duduk sebelah2
kalau takde seat kosong dan terpaksa berpisah, reda jela, bkn berpisah setahun dua pun
ye tak salah bertanya tp biasanya kalau dh seat beli ni, kelas ketama pulak, ko mengahrapkan apa????

rikiruj Publish time 18-4-2024 10:39 AM

Aku kalau aku bayar for the seat memang tak gerak la… kalau seat assigned tak berbayar aku akan consider.

Decaffeinated Publish time 18-4-2024 10:47 AM

Banyak kali dah acik2 bincang kat forum TT ni pi mana?Nanti tahun depan ko bukak lagi benang yang sama.

Kru tu tanya ja bukan paksa. Nak juga mengadu pada dunia.

kitaserupaaa Publish time 18-4-2024 01:19 PM

Seat 1A ni first class ke? Aku pernah gak la dpt seat ni tapi low cost flight kat europe. Flight France ke Portugal kot.

kemaruk Publish time 18-4-2024 01:51 PM

sepatutnya tanya pon takleh ler, dah memang common sense

sebab akan menyebabkan guilt trip dan ketidakselesaan kepada yang ditanya

misc Publish time 18-4-2024 01:57 PM

Lain kali beli seat la. Ingat semua org suka ke nak tukar2 seat. Next time keluarga tu patut minta tukar seat dgn penumpang economy class. Ambik row tgh confirm tak terpisah dgn family. Nak ker?

seri_mawr Publish time 18-4-2024 02:29 PM

kru pun dah tahu seat tu mahal kan..usah la di tanya....
ckp je sure tak bg.unless pi ckp..ada org nak byar seat ni cash tak pun nak bayar double for the seat untuk anak nya duduk...

venom1 Publish time 18-4-2024 03:12 PM

kitaserupaaa replied at 18-4-2024 01:19 PM
Seat 1A ni first class ke? Aku pernah gak la dpt seat ni tapi low cost flight kat europe. Flight Fra ...

Kalau Malaysia Airlines seat 1A mmg untuk penerbangan 1st Class (jika ada) atau Business Class. Seat paling hadapan berdekatan pintu keluar.

rykall Publish time 18-4-2024 03:36 PM

Kalau saya boleh je nak tukar seat tapi penumpang tu kene bayar lebihan seat yang dibayar tu. Kalau tak nak kirim salam je.

imanda Publish time 18-4-2024 03:52 PM

kru tu nape xtanya cmni 'adakah boleh tukar seat dgn rumaja disana, mereka akan bayar extra utk anda jika anda mahu tukar seat' mesti jd content jugak tu sambil tunjuk2 duit yg dia dpt.

yg rajin minta tukar2 seat ni nape ehh pangai camni, ingat naik bas mini ke byr mur2 sama rata pastu suka2 tukar.

mgkin drg pk sume kat atas bumi ni adalah berhati baik, so drg blh suka hati tukar dan akan bernasib baik. :shakehead3:

drivethru Publish time 18-4-2024 04:04 PM

Window seat ekonomi, kalau ada orang mintak tukar/duduk seseiap, aku suruh bangun. Duduk tempat duduk asal. Walaupun aku x beli, aku tetap kata aku beli seat tu.

menjad Publish time 18-4-2024 04:19 PM

Org yg mampu pun ada perangai b40 jugak;P

Imkhai Publish time 18-4-2024 04:25 PM

Salah ke dia bg 1 dunia yg dia xmau tkr seat f/class yg sah2 dia byr mhl2 utk keselesaan dia kru tu pon ikotkn tak blh nk tnya bknnya dia tak tahu org ni beli seat tu org byr f/class ni utk senang2 bkn sikit2 byr,kru ni pon ikotkn dh kacau privacy penumpang ni kot

SalenaGomez Publish time 18-4-2024 04:41 PM

damsel_fiji replied at 18-4-2024 10:15 AM
setakat bertanya tu ok lah jugak..bukan nya main duduk jah amik seat org..cakap je la x nak..tp kau...

Stewardess tu pon mengundang. 1st day keje kot. Org tu byr lebih bukan utk bg org lain duduk

cmf_premierleag Publish time 18-4-2024 04:58 PM

Bodohnya la cabin crew ni
Takkan tak tahu seat 1A dlm flight tu kene dibayar sbb selesa
Patutnya dia carutkan je cabin crew dan family budak tu...mcm bodoh je takde common sense
Yg family bdk tu lak apsal ko pi campak bdk tu kt kelas ekonomi??? Bdk tu anak pungut ke?
Pages: [1] 2
View full version: Kecoh penumpang diminta lepaskan seat kelas pertama, remaja mahu duduk dekat dengan keluarga


ADVERTISEMENT