maklukpenggoda Publish time 18-4-2024 09:32 AM

Mesej tak senonoh, biadap hantui penghantar barang

Kuala Lumpur: Tidak bermaruah sampai terdesak mencari mangsa menggunakan platform penghantaran terkemuka. Itu trend terbaharu individu kemaruk seks yang menawarkan khidmat mereka kepada penghantar platform terbabit.
Sama ada ia sengaja dilakukan sekadar mencuba nasib mahupun dengan niat sebagai hiburan mahu 'scam' pesanan penghantaran barang, tindakan individu sebegini sangat biadab dan tidak bermoral berikutan platform itu digunakan untuk mereka yang mencari rezeki halal. Bagi penghantar mahu dikenali sebagai Ayus, 34, dia agak kecewa kerana pernah juga menerima tempahan pelik dari pelanggan gila seks seumpama itu.
Dia yang mengambil tempahan menggunakan kereta secara sambilan di sekitar ibu negara sejak enam bulan lalu berkata, isu ini menimbulkan persoalan sama ada aplikasi berkenaan selamat mahupun tidak.
"Memang sejak sebulan lalu, saya terima tempahan pelik-pelik. Tetapi selalunya kalau keluar pesanan pelik, saya akan slide (terima pesanan) dan tekan button report order(butang aduan pesanan).
Pemerhatian Harian Metro dalam satu di Facebook mendapati, beberapa penghantar berkongsi tangkap layar pesanan tidak senonoh diterima mereka sehingga isu itu hangat dibincangkan sesama mereka.
Menerusi beberapa mesej pesanan, individu berkenaan turut memberikan spesifik kriteria pelanggan sasaran seperti penghantar kacak, wanita saja atau tidak mahu berbadan gempal dan berusia.
Mengulas lanjut, Ayus berkata, isu berkenaan menimbulkan masalah kepada penghantar berikutan ada kalanya pesanan diterima tidak menyediakan maklumat terperinci tentang barangan atau pesanan yang perlu dihantar.
"Rasanya apabila ada isu macam ini, kami susah cari makan kerana dua-dua (penghantar wanita mahupun lelaki) pun tidak selamat.
"Saya harap penyedia platform lebih peka dari segi menapis pesanan dan tetapkan syarat supaya pelanggan lebih memperincikan barangan apa perlu dihantar," katanya.
Sementara itu, seorang penghantar wanita Nisa pula berkongsi pengalaman, dia nyaris menjadi mangsa manusia tidak bertanggungjawab, namun nasibnya baik apabila suami menemaninya.
"Pernah dapat macam ini (pesanan tidak senonoh) sudahlah tempatnya tersorok macam bangunan terbiar di Shah Alam.
"Masa itu suami yang bawa (pandu kereta), apabila sampai dia (pembuat pesanan) tanya kenapa bukan perempuan bawa dengan nada mengeluh.
"Pemandu (penghantar barangan) terutama wanita, hati-hatilah. Dapat tempat pelik, tak payah slide (terima pesanan) dan kalau slide cancel (batalkan) lagi bagus," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/04/1080940/tempahan-pelik-pelik-biadab

dewi_rina Publish time 18-4-2024 10:35 AM

Org nak cari keje yg halal oi, kalau mcm tu baik dia pergi jadi gigolo ke pempuan lorong ke adoi lah

_blackbird Publish time 18-4-2024 11:23 AM

hina nya sex offender tahap desperate mcm ni. adoilahhh... baik jual diri kat twitter je mcm hot daddy. org yg bayar ko nokkk...

Decaffeinated Publish time 18-4-2024 11:29 AM

Benda dah lama ada, cuma cara ja yang menurut peredaran zaman.

B40tastePosh Publish time 18-4-2024 11:37 AM

Ban je lah pelanggan tu.

tungkai Publish time 18-4-2024 11:39 AM

Try accept job tu pastu serbu ramai2. Report kat apps, pulis, MCMC etc..Kasi ajar org2 sangap ni..

intan_smsb Publish time 18-4-2024 11:41 AM

sila viral kan id tu

Tinot7 Publish time 18-4-2024 07:06 PM

Yg request need young rider with... tu nak apa? Sbb dia taknak pompan, chubby or old..

Thunderclouds Publish time 18-4-2024 08:43 PM

Edited by Thunderclouds at 18-4-2024 08:44 PM

Tinot7 replied at 18-4-2024 07:06 PM
Yg request need young rider with... tu nak apa? Sbb dia taknak pompan, chubby or old..

I presumed DICK:lol::lol:

Jitu Publish time 18-4-2024 10:25 PM

jijik la, gila seks pergi mampus la

gigahertz Publish time 19-4-2024 06:37 AM

Tinot7 replied at 18-4-2024 11:06 AM
Yg request need young rider with... tu nak apa? Sbb dia taknak pompan, chubby or old..

dia ada offer servis blowjob. rider kena bayar kat dia pulak.biasa yang buat macamni pondan.

Themilo Publish time 19-4-2024 07:28 AM

kalau dah gersang, kau download la apps e-curr, bukannya lalamove. :lol:

Tinot7 Publish time 19-4-2024 07:47 AM

Thunderclouds replied at 18-4-2024 08:43 PM
I presumed DICK

Astaga.. nak cari fren wif benefit ka apa..

Tinot7 Publish time 19-4-2024 07:48 AM

gigahertz replied at 19-4-2024 06:37 AM
dia ada offer servis blowjob. rider kena bayar kat dia pulak.biasa yang buat macamni pondan.

Hok aloh.. rider nak wat duit.. bknnya kena scam mcm tu

Tinot7 Publish time 19-4-2024 07:48 AM

Themilo replied at 19-4-2024 07:28 AM
kalau dah gersang, kau download la apps e-curr, bukannya lalamove.

Apps e-curr ni amender? Mcm grindr ka?

Nurdianah Publish time 20-4-2024 01:43 PM

Sanggap cipetttt

B40tastePosh Publish time 20-4-2024 01:46 PM

Themilo replied at 19-4-2024 07:28 AM
kalau dah gersang, kau download la apps e-curr, bukannya lalamove.

Kannn...bangsat betul, tak tahu pilih apps

B40tastePosh Publish time 20-4-2024 01:47 PM

Tinot7 replied at 19-4-2024 07:48 AM
Apps e-curr ni amender? Mcm grindr ka?

Mcm tinder, omi, bigo, wechat tu kot

Tinot7 Publish time 20-4-2024 02:46 PM

B40tastePosh replied at 20-4-2024 01:47 PM
Mcm tinder, omi, bigo, wechat tu kot

Iols omi, bigo dan wechat pun tak tau amender? Wechat ni mcm whatsapp, kan?

B40tastePosh Publish time 21-4-2024 04:37 PM

Tinot7 replied at 20-4-2024 02:46 PM
Iols omi, bigo dan wechat pun tak tau amender? Wechat ni mcm whatsapp, kan?

Wechat tu macam Grindr...uols tahu kan apps Grindr tu camne?{:mlshy:}
Pages: [1] 2
View full version: Mesej tak senonoh, biadap hantui penghantar barang


ADVERTISEMENT