maklukpenggoda Publish time 18-4-2024 09:10 AM

Janda tak serik khalwat dihukum sebat

KUALA TERENGGANU – Seorang juruwang wanita menjadi pesalah kedua dikenakan hukuman sebatan atas kesalahan khalwat berulang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini hari ini.
Hakim Kanan Syarie Rosdi Harun memerintahkan tertuduh, Nurfifi Amira Nawi, 37, dikenakan enam sebatan dan denda RM4,000 atas kesalahan khalwat kali kedua yang dilakukan pada awal tahun ini.
Beliau memutuskan demikian selepas ibu tunggal anak satu itu membuat pengakuan bersalah setelah pertuduhan dibacakan.
Nurfifi Amira turut berhadapan hukuman penjara selama lapan bulan sekiranya gagal membayar denda RM4,000 terbabit.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa berkhalwat dengan seorang lelaki berusia 40 tahun di sebuah rumah di Taman Geliga, Kemaman pada pukul 3.15 petang, 31 Januari lalu.
Nurfifi Amira didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang memperuntukkan hukuman maksimum enam sebatan, denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, tertuduh pernah didenda RM3,000 juga atas kesalahan berkhalwat pada tahun 2018.
Kosmo! 20 Februari lalu melaporkan seorang buruh binaan menjadi pesalah pertama dikenakan hukuman sebatan atas kesalahan melakukan kesalahan khalwat berulang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu. – KOSMO! ONLINE


Lavender_Violet Publish time 18-4-2024 09:16 AM

Kepam gini pun ada yg selera nak ajak berkhalwat eh :I

lightheaded67 Publish time 18-4-2024 11:07 AM

elok la tciduk dirotan kan. ramai lagi tu belum kena, yg hok bini org tp mgelitat seropa bujang lagi elok dikasi rotan

vanillaninja Publish time 18-4-2024 11:13 AM

Dah glamour nama Nurfifi Amira. 1 Malaysia tau nama sheols sekarang. Kesiannya anak sheols mesti malu kalau kawan2 sekolah ejek

Decaffeinated Publish time 18-4-2024 11:52 AM

Ramai juga yang anti khalwat ni bukan kerana anti maksiat tapi kerana jaki.

ifanonline Publish time 18-4-2024 11:56 AM

cuba tanya janda2 porum...kalau dah lama tak pekena batang, memang kempunan

kepompong Publish time 19-4-2024 07:22 AM

Decaffeinated replied at 18-4-2024 11:52 AM
Ramai juga yang anti khalwat ni bukan kerana anti maksiat tapi kerana jaki.

:lol: ;P
Pages: [1]
View full version: Janda tak serik khalwat dihukum sebat


ADVERTISEMENT