CARI-HBZ Publish time 18-4-2024 08:18 AM

“Bagi Saya Inilah Cara Saya Bercakap..” – Dikritik Pelat Ketika Bertutur Bahasa Melayu, Netizen Ramai ‘Backup’ Leona

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/18/081734o4jcrujqdhksjus4.png



Sering menjadi tumpuan pengguna media sosial, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona baru-baru ini kembali mengundang kecaman netizen apabila dirinya memuat naik video bercakap dalam Bahasa Melayu.


Membalas kepada komen netizen, pempengaruh ini berkata dia sering menerima soalan dan kritikan dari orang ramai tentang cara dia bertutur dalam Bahasa Melayu. Katanya, dia menganggap caranya bercakap adalah normal bukan seperti yang dikatakan netizen.


"Saya dapat banyak komen yang macam ini. Bagi saya, cara saya cakap dalam Bahasa Melayu adalah normal. Kawan-kawan saya pun rasa begitu.

"Tapi bila saya muat naik video dan cakap Bahasa Melayu, orang cakap saya pelat dan tak fasih.

"Bagi saya inilah cara saya bercakap. Saya agak terkejut bila ada orang mengejek cara saya bercakap."


https://www.instagram.com/p/C5yActQtgqf/


Dalam pada itu, melihat ke ruangan komen video tersebut, rata-rata memberi sokongan dan dorongan kepada anak aktor ini untuk terus memperbaiki Bahasa Melayu dan tidak mengambil pusing kecaman yang dilontarkan di media sosial.


"Bukan tak fasih cuma Leona tak tahu nak susun ayat macam mana je sebab tu kadang jadi terbelit perkataan tu."

"Tak apa Leona at least awak cuba."

"It sounds normal kat kawan sekeliling awak sebab kawan awak pun cakap macam tu kot, tapi tak apa awak comel cakap macam tu."


7358500028198964497


SUMBER : TikTok/Beautifulnara

naina Publish time 18-4-2024 08:27 AM

Cantikla gigi dia..comel
Dia fasih je BM
Cuma pelat
Macam Kelate la fasih BM tapi lidah budu pekat jadi sounds pelik u know

vanillaninja Publish time 18-4-2024 08:38 AM

I suka je budak Leona ni. Dah sheols dari kecik dah memang converse in English. Elok je pun sheols cakap Melayu dari laki si Vivy :lol:

jihyomelly Publish time 18-4-2024 08:42 AM

vanillaninja replied at 18-4-2024 08:38 AM
I suka je budak Leona ni. Dah sheols dari kecik dah memang converse in English. Elok je pun sheols c ...

yg tu lagi parah…tgk muka x selari dgn xleh cakap melayu..

masnona Publish time 18-4-2024 08:58 AM

Netizen ni selek juga. Cina bukit pelat ckp bahasa melayu korg suruh blk China sana. Leona mentang2 seksi, comel, korang back up:curse:

kucingitam Publish time 18-4-2024 09:01 AM

sakit ati sgt demer dgr si yona ni.. comel je dia..udah dia cakap gitu nak buat caner.. anggap lah itu dialek keluarge behar..

prince_marhaen Publish time 18-4-2024 10:36 AM

takpe dik, ko cantik, bijak, nnt kawin vvip takyah cakap melayu sangat pun, walaupun ayah uols mulut suka menceceh macam makcik-makcik... hahaha

ketambangkang Publish time 18-4-2024 10:36 AM

dr kecik family sema kecek omputih, sekolah pulak international, x heran la dia pelat BM pon..drpd si lots of mix yg sek melayu & membesar kat pprt

She-Ra Publish time 18-4-2024 10:39 AM

dia ni menghiburkan jgk
pelat yg bkn dibuat2.. yg penting dia nak bercakap dlm bahasa melayu
viral pasal lagu ketiak ketipong bawang, si aisha dh 'lawan' dgn lagu ketipak ketipong bawang ahhahahaa.. siyes lawak tp sedap pulak si aisha tu nyanyi

dewi_rina Publish time 18-4-2024 10:48 AM

Yg ni ok lah nok, anak org kaya nak ckp pelat melayu.. Dari king coco tu duduk pprt tapi nak lots of mix kononnya

Yg tu geli

miss_perfect Publish time 18-4-2024 11:50 AM

Untunglah ko ni lawa comel Leona, cakap pelat pun orang puji2.
Padahal takde beza pun dia ni dengan Cina2 yang lahir, membesar, tinggal kat Malaysia tapi tak fasih BM.

missbigrockstar Publish time 18-4-2024 11:54 AM

Biar lah dia nak cakap mcm mana pun. Bila dia kecek kelate dgn family dia tak pelat ;P

Prickford Publish time 18-4-2024 11:54 AM

vanillaninja replied at 18-4-2024 12:38 AM
I suka je budak Leona ni. Dah sheols dari kecik dah memang converse in English. Elok je pun sheols c ...

Laki Vivy tu elok dilempang je, keluor la saka omputeh heolls tu.

chandrahusin Publish time 18-4-2024 12:32 PM

acik forum select
kesian Cik B dgn anak KKM
mesti tak boleh nak capai lvl Leona :lol:

chandrahusin Publish time 18-4-2024 12:32 PM

acik forum select
kesian Cik B dgn anak KKM
mesti tak boleh nak capai lvl Leona :lol:

dua_chzy Publish time 18-4-2024 12:49 PM

Asal tengok Leonna ni mesti aiol ingat adik aiol rupa ada sikit iras Leonna tapi sheols tak tembun.

cm_vungtau Publish time 18-4-2024 12:53 PM

Memang budak kalau cakap English dari kecik bila cakap melayu jadi pelat. Anak2 I pun sama. Cemana ntah. Kadang2 I and my hubby kacau anak-anak I sebab bila dia cakap melayu jadi sengau macam Kak Nita (Anita Sarawak)

Cemana ntah memang English tukar melayu akan jadi sengau ;P

Bholatchomel Publish time 18-4-2024 03:08 PM

kalo si leona ni aku ada soft spot untuk dia..aku tgk pandai gaklah dia berbahasa melayu. cuma dia dah biasa ckp english dari kecik memang lah bunyi bahasa dia mcm pelat. sebab aeiou bunyi english bukan bunyi bahasa.

bintangct Publish time 18-4-2024 03:14 PM

makin gundu dan pelik muka dia Leona pls kurus!

Olumis Publish time 18-4-2024 03:20 PM

Yonaaa... Bukan nak bodyshaming yer... But please watch ur weight. Tiba masa utk jaga badan sbb masih muda. Naik berat tu senang tp once dah overweight, susah nak turun tau. Btw, u still comel but muka ada lain sikit sebab terlalu bulat.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: “Bagi Saya Inilah Cara Saya Bercakap..” – Dikritik Pelat Ketika Bertutur Bahasa Melayu, Netizen Ramai ‘Backup’ Leona


ADVERTISEMENT