Vellfire Publish time 17-4-2024 10:10 PM

Kemudahan di LTAK perlu dinaik taraf

Wajar miliki kemudahan berkualiti kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching juga terima ketibaan antarabangsa

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240417/kch-ub170424-jw-karimepot-p1.jpg

Abdul Karim pada sidang media semalam menggesa pihak berwajib menaik taraf kemudahan di LTAK - Gambar Mohd Faisal Ahmad
KUCHING: Kemudahan di lapangan terbang khasnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) perlu dinaik taraf sama standard seperti lapangan terbang antarabangsa lain.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika membuat gesaan itu berkata, sewajarnya LTAK mempunyai kemudahan berkualiti seperti tandas, kaunter untuk daftar masuk, bagasi keluar dan sebagainya seperti yang lain kerana ia juga menerima ketibaan antarabangsa.

“Secara peribadi saya melihat lapangan terbang kita banyak yang perlu dinaik taraf. Saya sangat-sangat kecewa.
“Dan itulah sebabnya MAB (Malaysia Airport Berhad), jangan hanya fokus di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur).
“Kuching juga merupakan lapangan terbang antarabangsa, Kota Kinabalu juga merupakan lapangan terbang antarabangsa.
“Kami memang ada pelawat yang datang dari peringkat antarabangsa, dari tempat lain yang datang ke Kuching, anda juga mesti melihat semua itu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditanya media pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Tambah Abdul Karim, kini bilangan orang yang melalui lapangan terbang telah melepasi semua unjuran sebelumnya dan terdapat keperluan untuk ia dinaik taraf menjadi lapangan terbang yang lebih besar.
“Namun sebelum ia sampai ke peringkat itu, tidak salah untuk memastikan kemudahan yang ada adalah sesuai.
“Terutama apabila anda berlepas dari Sarawak, jika anda berlepas untuk antarabangsa sebagai contoh pergi ke Singapura, anda masuk ke balai berlepas itu tetapi tiada tandas,” tegasnya.
Abdul Karim berkata, apa yang penting adalah standard sesebuah lapangan terbang itu harus ada, sama ada ia adalah lapangan terbang kecil atau besar.
Beliau berharap pihak berwajib meneliti perkara berkenaan dan tidak hanya memberikan jawapan yang mudah sahaja.
“Saya harus mengakui bahawa ia tidak benar-benar mencapai sasaran.
“Sama ada dari segi tandas, sama ada dari segi perkhidmatan yang anda perlu lakukan. Jangan datang Malaysia sahaja, anda hanya perlukan KLIA saja,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/17/kemudahan-di-ltak-perlu-dinaik-taraf-karim
Pages: [1]
View full version: Kemudahan di LTAK perlu dinaik taraf


ADVERTISEMENT