Vellfire Publish time 17-4-2024 10:09 PM

Warga emas hilang dikhuatiri dibaham buaya

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240417/kch-ub170424-jl-rayu-sides.jpg

Operasi SAR dilancarkan di lokasi kejadian. - Gambar JBPM
KUCHING: Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang, dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Rayu, Jalan Selang, di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.55 petang.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Mangsa bersama seorang ahli keluarganya keluar ke kawasan Sungai Rayu untuk mencari lokan sekitar jam 8 pagi.
"Menurut saksi (ahli keluarga) kemungkinan mangsa telah dibaham buaya kerana terdapat kesan darah dan kesan tapak kaki telah dijumpai," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Minu Kin berusia 76 tahun.
Operasi SAR hari ini dilakukan di sekitar kawasan dipercayai lokasi serangan.
"Operasi ditangguh pada jam 6 petang dan akan disambung esok hari," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/17/warga-emas-hilang-dikhuatiri-dibaham-buaya
Pages: [1]
View full version: Warga emas hilang dikhuatiri dibaham buaya


ADVERTISEMENT