Vellfire Publish time 17-4-2024 09:56 PM

Polis Sri Aman buru lelaki lakukan amang seksual terhadap budak perempuan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240417/dspmathewmangie.jpg

MATHEW
KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan menjadi mangsa amang seksual di sebuah tanah perkuburan lama di sebuah kampung di Betong, pada 10 April lalu.
Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.43 petang hari yang sama dan operasi menangkap suspek terus dilancarkan.
Bagaimanapun, suspek sehingga kini masih diburu kerana dikatakan melarikan diri selepas kejadian tersebut.
"Satu laporan diterima berhuhung kejadian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai menjadi mangsa amang seksual.
"Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan pekuburan sebuah kampung di Betong dan sehingga kini pihak polis masih giat mengesan suspek," katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.
Tambahnya, suspek merupakan lelaki warga tempatan berusia 38 tahun.
"Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod dadah," katanya.
Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sebarang maklumat berhubung suspek boleh disalurkan terus kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Suzy Andrew Baie di talian 011-14037375 atau mana-mana balai polis berhampiran.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/17/polis-sri-aman-buru-lelaki-lakukan-amang-seksual-terhadap-budak-perempuan
Pages: [1]
View full version: Polis Sri Aman buru lelaki lakukan amang seksual terhadap budak perempuan


ADVERTISEMENT