Vellfire Publish time 17-4-2024 09:54 PM

Dua lelaki ditahan selepas dikejar atas bumbung

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240417/btu-ub170424-ai-tangkap-p2a.png

Tangkap layar video yang tular berkenaan aksi dua suspek yang cuba melarikan diri dari ditangkap oleh sepasukan polis Mukah dan Bintulu.
BINTULU: Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata di Balingian, Mukah berjaya diberkas dalam aksi kejar-mengejar di atas bumbung rumah kedai di pasar lama Bintulu pada Selasa.
Tangkapan yang dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bintulu itu turut dirakam orang awam sekali gus tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, kedua-dua lelaki itu yang dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di Balingian, telah melarikan diri dan bersembunyi di sebuah hotel bajet di pasar lama di sini.
"Begitupun, suspek-suspek yang merupakan dua lelaki warganegara tempatan telah berjaya ditahan oleh pasukan polis dalam video yang tular tersebut untuk membantu siasatan bersabit Balingian Report," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, mangsa telah membuat laporan polis dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar berkaitan kes tersebut kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.
"Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan jenayah, sila tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/17/dua-lelaki-ditahan-selepas-dikejar-atas-bumbung
Pages: [1]
View full version: Dua lelaki ditahan selepas dikejar atas bumbung


ADVERTISEMENT