Vellfire Publish time 17-4-2024 09:52 PM

Lelaki serang kekasih gelap isteri ditahan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240417/benderapolisdirajamalaysia.png

SIBU: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan kerana menyerang lelaki lain, dipercayai kekasih gelap isterinya, di Terminal Bas Sibu pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, satu laporan polis telah diterima daripada mangsa berhubung kejadian.
"Mangsa berusia 24 tahun mendakwa dia telah diserang oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenali ketika menunggu bas di Jalan Pahlawan pada jam 5.00 petang.
"Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda menuju ke sebuah rumah di Jalan Sentosa di sini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Bertindak atas maklumat, katanya polis telah menahan seorang suspek berusia 26 tahun bagi membantu siasatan lanjut kes.
"Suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga 18 April ini dan hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan pengadu telah keluar dengan isteri suspek.
"Disebabkan rasa marah, suspek bersama tiga lagi rakan suspek yang masih bebas telah bertindak memukul pengadu dan mengugut pengadu supaya tidak menganggu isteri suspek lagi," jelasnya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan.
Zulkipli pada masa sama meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian yang berlaku.
Dalam rakaman video yang tular di Facebook, sekumpulan lelaki dilihat menyerang mangsa di hadapan sebuah kedai kopi berhampiran Terminal Bas Sibu di Jalan Pahlawan pada Ahad, sekitar jam 5.00 petang.
Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian muka dan telah membuat laporan polis pada hari sama.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/17/lelaki-serang-kekasih-gelap-isteri-ditahan
Pages: [1]
View full version: Lelaki serang kekasih gelap isteri ditahan


ADVERTISEMENT