Vellfire Publish time 17-4-2024 09:37 PM

Karnival Kebudayaan Durin 2024 pada 26 hingga 28 April

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240416/sbw-ub160424-as-tetap.jpg

Teo (11 kanan) bersama yang lain merakam gambar kenangan selepas selesai melawat tapak penganjuran Karnival Kebudayaan Durin 2024.
SIBU: Karnival Kebudayaan Durin 2024 tetap diteruskan walaupun keadaan cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Pengerusi penganjur Datuk Teo Boon Siew berkata, walaupun cuaca cerah, mendung dan hujan bersilih ganti karnival yang dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 April ini akan tetap diteruskan seperti dijadualkan.
Teo berkata, pihaknya akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak berlakunya insiden yang tidak diingini.
"Kita akan terus bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi memastikan kelancaran Karnival Kebudayaan Durin 2024," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau bersama jawatankuasa penganjur, ahli majlis dan kakitangan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) serta agensi kerajaan berkaitan telah mengadakan tinjauan ke tapak penganjuran karnival berkenaan.
Menurut Teo, pihaknya juga akan terus berusaha dan mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari jalan mengatasi kesesakan lalu lintas sepanjang penganjuran karnival berkenaan.
Dianggarkan 5,000 pengunjung membanjiri Bazar Durin dan Tebingan Durin, dekat sini sepanjang penganjuran karnival tersebut.
Sementara itu, Majlis Perasmian Karnival Kebudayaan Durin 2024 dijangka dirasmikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Tiong King Sing pada 27 April, jam 9 pagi.
Manakala majlis penangguhan yang menjadi acara kemuncak karnival berkenaan akan disempurnakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada 28 April.
Pelbagai aktiviti dan acara dijadualkan untuk menarik minat dan penyertaan masyarakat berbilang bangsa di sini, selain turut menjanjikan pengalaman unik dan berwarna-warni.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/16/karnival-kebudayaan-durin-2024-pada-26-hingga-28-april
Pages: [1]
View full version: Karnival Kebudayaan Durin 2024 pada 26 hingga 28 April


ADVERTISEMENT